Apa yang dimaksudkan "asas kemahiran" dan "kemahiran asas". Bagaimana pula dengan "asas akademik"? Terima kasih. | Asas bermaksud 1. alas, dasar, tapak; atau 2. sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, asas kemahiran bermaksud dasar kemahiran dan kemahiran asas merujuk kepada kemahiran tahap awal/bahagian sebelah bawah dari sesuatu (tapak). | Makna | 27.06.2011 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini, penyokong dan pendokong | Penyokong ialah orang yang menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan dan sebagainya. Manakala pendukung (bukan pendokong) ialah orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya). | Makna | 06.01.2013 |
keperluan asas | 'Keperluan' bermaksud perihal perlu atau sesuatu yang diperlukan atau sesuatu yang berguna. Manakala 'asas' pula bermaksud menjadi aaalas, dasar, tapak atau sesuatu yang menjadi sandaran/pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, maksud keperluan asas adalah bergantung pada konteksnya. Dalam kehidupan manusia, keperluan asas bermaksud rumah, makanan, dan pakaian. | Lain-lain | 03.04.2008 |
definisi amanah asas kejayaan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat amanah antaranya bermaksud 1. sesuatu yang dipercayakan kepada sesorang 2. kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Asas antaranya bermaksud alas, dasar, tapak, sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Kejayaan antaranya bermaksud perihal berjaya,kemenangan,hasil. Oleh yang demikian ungkapan amanah asas kejayaan bermaksud sesuatu kejayaan dicapai apabila sifat amanah dijdikan asas untuk mencapai kejayaan tersebut. | Makna | 07.03.2008 |
Penggunaan tunggak dan tonggak Wasatiyyah _________ kesatuan ummah. Apa perbezaan tunggak dan tonggak? | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, tonggak bermaksud 1 kayu yang panjang dan dipasang tegak (seperti tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar sesuatu kepercayaan, pegangan dll. Manakala tunggak dalam Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud 1. bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yang masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung. Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang lazim ialah tonggak. | Tatabahasa | 17.01.2014 |
Cabaran dan tantangan terhadap bahasa Melayu dalam arus teknologi masa kini amat mencabar. Mohon pandangan dan pendapat tuan/puan bagaimanakah atau apakah langkah yang boleh/perlu diambil dalam usaha untuk membuanakan persuratan Melayu melalui teknologi maklumat dan komunikasi moden masa kini dan masa hadapan? Bagaimana aplikasi seperti facebook, twitter, youtube, web TV DBP dpt membantu dlm hal ini? Bagaimana perancangan E-BUana, E-Pendeta dan lain-lain pula? Mohon maklum bls pihak tuan/puan. Terima kasih. | Pada pandangan saya, semua bahasa menghadapi cabaran yang sama ekoran cetusan teknologi maklumat. Dalam konteks bahasa Melayu, pastinya lebih mencabar dan membimbangkan. Suka atau tidak, kita sebagai pendukung bahasa Melayu perlu menghadapi situasi tersebut dengan mengambil peluang menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dengan menggunakan medium baharu, khususnya media sosial. Oleh sebab itu, segala saluran media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya perlu dimanfaatkan bagi memastikan bahasa Melayu terus segar dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan zaman untuk menjadi bahasa moden, bahasa ilmu, dan bahasa budaya tinggi. Peringkat pembinaan ini sudah dimulakan DBP sejak beberapa dekad lalu dan akan berterusan selagi bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara. Usaha pembinaan bahasa Melayu oleh DBP sentiasa disemarakkan, terutamanya dalam bidang sistem ejaan, peristilahan, tatabahasa, perkamusan sebutan, dan laras Bahasa. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.03.2018 |