Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ga.san] | ڤنݢسن

Definisi : penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ga.san] | ڤنݢسن

Definisi : perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penen­tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegas (adjektif)
1. Bersinonim dengan jelas: terang, nyata, ketara, lantang,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan tepat: tentu, pasti, nyata, getas,
Berantonim dengan ragu-ragu

Kata Terbitan : menegaskan, ketegasan, penegasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh digunakan HRUF BESAR MAKA, untuk menunjukkan penegasan dalam perintah mahkamah.

Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 147, penegasan tipografi boleh dibuat menggunakan huruf besar untuk memberikan makna serta pengertian yang tersendiri dan khusus, apabila digunakan dalam konteks tertentu.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP 2021), halaman 1387, perkataan “maka” bermaksud:

  1. Memulakan ayat yang menyatakan makna lalu, selepas itu lalu, atau dan.
  2. Menghubungkan huraian atau maklumat dalam bahagian ayat dengan ayat utama.
  3. Menunjukkan sesuatu berlaku selepas sesuatu yang lain secara berterusan; lalu.
  4. Menyatakan hubungan yang berlaku akibat implikasi.

Penggunaan huruf besar digunakan pada permulaan perkataan yang melibatkan kata nama khas, pada permulaan kata di pangkal ayat dan pada permulaan kata cakap ajuk. Penggunaan huruf besar pada keseluruhan perkataan hanya melibatkan ejaan untuk singkatan, contohnya singkatan DBP yang merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oleh yang demikian, perkataan “maka” tidak dieja menggunakan huruf besar keseluruhannya.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan hal undang-undang, tuan/puan boleh merujuk institusi yang berkaitan dengan undang-undang di Malaysia.

Istilah22.10.2024
Hai, Adakah penggunaan tanda seru untuk penegasan ayat di bawah adalah betul? Terima Kasih! Selamat beristirahat! Terbaik! Hebat! Mantap!Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! 

Penggunaan tanda seru yang lazim untuk penegasan perkataan berikut ialah:

Terima Kasih.
Selamat beristirahat.
Terbaik!
Hebat!
Mantap!
Lain-lain29.06.2021
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah betul penggunaan "antara lain,"? Contoh : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain, memberi penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Terima kasih.
Penggunaan yang betul dari segi tatabahasa ialah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain termasuklah memberikan penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuh kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus.
Tatabahasa27.03.2020
Cikgu, saya ingin menanyakan bahawa adakah penggunaan -nya dalam merujuk objek tidak bernyawa adalah betul atau salah? Perhatikan contoh-contoh berikut: (-nya telah ditulis dengan semua huruf besar -NYA untuk memberikan penegasan) 1. Hadiah itu untuk ibu. HargaNYA mahal. 2. Apabila ejaan perkataan itu ditukarkan, maksudNYA juga akan bertukar. 3. (Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75) - Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaanNYA tetap terpisah. Pada pengetahuan saya, -nya hanya digunakan sebagai kata ganti nama ketiga untuk manusia. Apakah pandangan DBP? Saya memerlukan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan dalam hal ini. Terima kasih DBP.

Dalam bahasa Melayu, tidak ada ejaan semua huruf besar perkataan ‘NYA’ untuk membawa penegasan. Bentuk –nya boleh hadir sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat:

Hadiah itu sesungguhnya sangat mahal.

 

Tatabahasa28.06.2014
Nyah engkau dari sini …! Ayat ini menggunakan elipsis sebelum tanda seru untuk menunjukkan penegasan, kepanjangan atau gema. Adakah DBP menerima gaya ini?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Nyah engkau dari sini!". Penggunaan elipsis lazimnya digunakan dalam ayat penyata bagi menyebut sebahagian sahaja daripada petikan, manakala ayat seru lazimnya tidak panjang (tidak perlu tanda elipsis) dan senafas.Lain-lain13.01.2013
Sila jelaskan perbezaan antara frasa "cuma kerana" dan "hanya kerana" serta penggunaan kedua-duanya. Sila beri contoh ayat. Terima kasihPenggunaan 'hanya kerana' atau 'cuma kerana' menunjukkan ada  unsur  penekanan atau penegasan. Dari segi makna, 'kerana' bermaksud sebab; cuma bermaksud hanya, melainkan, semata-mata; dan hanya bermaksud tidak lebih daripada, cuma, sahaja. Contoh ayat : Ahmad berasa kecil hati terhadap Zaidah hanya kerana gurauannya tadi. Dalam contoh ini, 'hanya' boleh digugurkan supaya lebih baku tetapi bagi maksud memberi penegasan, khususnya dalam ungkapan lisan, boleh digunakan.Makna21.03.2008
Adakah perkataan 'hanya sanya' diguna pakai dalam bahasa melayuIstilah hanya sanya terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud: hanya (digunakan untuk penegasan).
Istilah07.10.2015
Apakah padanan yang sesuai untuk frasa "emphasis mine" dalam bahasa Melayu? Frasa ini juga ditulis sebagai "my emphasis", "my bold", "bold mine", "my italic" dan "italic mine"Salam sejahtera.

Tuan.

Terjemahan untuk emphasis ialah pekanan atau penegasan. Walau bagaimapun, terjemahan untuk frasa ini tiada dalam sumber rujukan kami. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan "penegasan frasa" sebagai padanan untuk emphasis mine.
Penyemakan dan penterjemahan06.07.2019
Salam, Dalam tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "highlight the text" ? Terima kasih.Salam Sejahtera. Cadangan terjemahan "highlight the text" ialah "penegasan teks".Penyemakan dan penterjemahan03.11.2015
Umum kita difahamkan bahawa Kata Pemeri 'adalah' digunakan di hadapan FS dan/atau FA. Jurubahasa ada juga menasihati dan melarang penggunaan 'adalah' di hadapan FK, walaupun tidak ada apa-apa penegasan rasmi dibuat di dalam buku teks tentang peraturan dan pertalian 'adalah' dengan FK. Harap beri pandangan DBP tentang penggunaan 'adalah' dalam ayat di bawah ini, dan huraikan sama ada 'ialah' boleh/ tidak boleh diganti dalam ayat di bawah serta beri sebab-sebab dari segi hukum tatabahasa: "Matlamat menyertai HK Filmart 2011 adalah mewujudkan dan industri media melain merancang strategi pasaran luar ...." (BH 15Sep11)

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa kata kerja. (Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 264) Kata pemeri "adalah" tidak perlu hadir dalam ayat tersebut dan ayat tersebut perlu dilengkapkan kerana kata kerja "mewujudkan" tidak diikuti dengan objek untuk melengkapkan ayat.

Tatabahasa15.09.2011
12345

Kembali ke atas