Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah betul penggunaan "antara lain,"? Contoh : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain, memberi penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Terima kasih. | Penggunaan yang betul dari segi tatabahasa ialah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain termasuklah memberikan penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuh kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. | Tatabahasa | 27.03.2020 |
Cikgu, saya ingin menanyakan bahawa adakah penggunaan -nya dalam merujuk objek tidak bernyawa adalah betul atau salah? Perhatikan contoh-contoh berikut: (-nya telah ditulis dengan semua huruf besar -NYA untuk memberikan penegasan) 1. Hadiah itu untuk ibu. HargaNYA mahal. 2. Apabila ejaan perkataan itu ditukarkan, maksudNYA juga akan bertukar. 3. (Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75) - Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaanNYA tetap terpisah. Pada pengetahuan saya, -nya hanya digunakan sebagai kata ganti nama ketiga untuk manusia. Apakah pandangan DBP? Saya memerlukan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan dalam hal ini. Terima kasih DBP. | Dalam bahasa Melayu, tidak ada ejaan semua huruf besar perkataan ‘NYA’ untuk membawa penegasan. Bentuk –nya boleh hadir sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat: Hadiah itu sesungguhnya sangat mahal. | Tatabahasa | 28.06.2014 |
Nyah engkau dari sini …! Ayat ini menggunakan elipsis sebelum tanda seru untuk menunjukkan penegasan, kepanjangan atau gema. Adakah DBP menerima gaya ini? | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Nyah engkau dari sini!". Penggunaan elipsis lazimnya digunakan dalam ayat penyata bagi menyebut sebahagian sahaja daripada petikan, manakala ayat seru lazimnya tidak panjang (tidak perlu tanda elipsis) dan senafas. | Lain-lain | 13.01.2013 |
Sila jelaskan perbezaan antara frasa "cuma kerana" dan "hanya kerana" serta penggunaan kedua-duanya. Sila beri contoh ayat. Terima kasih | Penggunaan 'hanya kerana' atau 'cuma kerana' menunjukkan ada unsur penekanan atau penegasan. Dari segi makna, 'kerana' bermaksud sebab; cuma bermaksud hanya, melainkan, semata-mata; dan hanya bermaksud tidak lebih daripada, cuma, sahaja. Contoh ayat : Ahmad berasa kecil hati terhadap Zaidah hanya kerana gurauannya tadi. Dalam contoh ini, 'hanya' boleh digugurkan supaya lebih baku tetapi bagi maksud memberi penegasan, khususnya dalam ungkapan lisan, boleh digunakan. | Makna | 21.03.2008 |
Adakah perkataan 'hanya sanya' diguna pakai dalam bahasa melayu | Istilah hanya sanya terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud: hanya (digunakan untuk penegasan).
| Istilah | 07.10.2015 |
Apakah padanan yang sesuai untuk frasa "emphasis mine" dalam bahasa Melayu? Frasa ini juga ditulis sebagai "my emphasis", "my bold", "bold mine", "my italic" dan "italic mine" | Salam sejahtera. Tuan. Terjemahan untuk emphasis ialah pekanan atau penegasan. Walau bagaimapun, terjemahan untuk frasa ini tiada dalam sumber rujukan kami. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan "penegasan frasa" sebagai padanan untuk emphasis mine. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.07.2019 |
Salam, Dalam tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "highlight the text" ? Terima kasih. | Salam Sejahtera. Cadangan terjemahan "highlight the text" ialah "penegasan teks". | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2015 |
Umum kita difahamkan bahawa Kata Pemeri 'adalah' digunakan di hadapan FS dan/atau FA. Jurubahasa ada juga menasihati dan melarang penggunaan 'adalah' di hadapan FK, walaupun tidak ada apa-apa penegasan rasmi dibuat di dalam buku teks tentang peraturan dan pertalian 'adalah' dengan FK. Harap beri pandangan DBP tentang penggunaan 'adalah' dalam ayat di bawah ini, dan huraikan sama ada 'ialah' boleh/ tidak boleh diganti dalam ayat di bawah serta beri sebab-sebab dari segi hukum tatabahasa: "Matlamat menyertai HK Filmart 2011 adalah mewujudkan dan industri media melain merancang strategi pasaran luar ...." (BH 15Sep11) | Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa kata kerja. (Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 264) Kata pemeri "adalah" tidak perlu hadir dalam ayat tersebut dan ayat tersebut perlu dilengkapkan kerana kata kerja "mewujudkan" tidak diikuti dengan objek untuk melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Senyampang saya ada di sini. atau Senyampangnya saya ada di sini. kedua2 ayat tersebut betul atau salah? | Kedua-duanya betul. Penggunaan "nya" boleh digunakan untuk bermaksud penegasan. | Tatabahasa | 30.07.2009 |
1.saya akan datang esok hari. 2.saya akan datang hari esok. Frasa esok hari betul atau hari esok betul | Kedua-dua perkataan ini betul dan penggunaannya bergantung pada penegasan. | Tatabahasa | 23.05.2016 |