Ayat yang manakah betul? A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. B) ibu bapa haruslah memberikan penekanan terhadap pendidikan agama dan moral. | A) ibu bapa haruslah memberikan penekanan tentang pendidikan agama dan moral. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Tuan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bukan : 1.=bukannya. Antara ayat, "Bukannya mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana." dengan, "Bukan mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana."; Adakah terdapat perbezaan dari segi penekanan maksud atau penekanan terhadap mana-mana (subjek atau objek) dengan menggantikan perkataan 'bukan' dengan 'bukannya'? Sekiranya ada, apakah yang ditekankan dalam ayat ini dan mengapa? Atau tiada apa-apa perbezaan langsung? Terima kasih. | Perkataan "nya" dalam konteks yang tersebut berfungsi sebagai penegas, boleh hadir atau digugurkan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 07.01.2015 |
Salam 1Bahasa, 1. Frasa sendi yang manakah yang tepat: a)'dari segi', b)'daripada segi', c)'dari aspek', atau d)'daripada aspek' 2. Ayat yang manakah yang gramatis: a)"Aspek ketatabahasaan Bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" ATAU b)"Aspek ketatabahasaan dalam bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" 3. Terjemahan slogan 'Stability Above Chaos' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih. | 1. Frasa sendi yang manakah yang tepat ialah dari segi dan'dari aspek. 2. Ayat yang lebih gramatis ialah 'Aspek ketatabahasaan bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru'. 3.'Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'Stability Above Chaos' dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan Kestabilan Mengatasi Kekacauan. Jika tidak bersesuaian, sila nyatakan konsep slogan tersebut. | Tatabahasa | 17.02.2013 |
Assalam.Saya nak minta khidmat tuan/puan untuk semak bahasa ini. "Tema yang diaplikasikan pada konvokesyen kali ke-12 ini memberi penekanan terhadap aspek 'Kualiti Akademik'. Ia direalisasikan menerusi butiran permata yang melambangkan ciri-ciri akademik yang berkualiti tinggi. Justeru , ia menjadi nilai tambah yang amat berharga dari aspek pendidikan demi melahirkan pelajar serta insan yang cemerlang. Penekanan terhadap akademik yang berkualiti menjadikan UNISEL sebagai hub pendidikan tumpuan dunia yang begitu bernilai." | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan saudara bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | Tatabahasa | 11.10.2017 |
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah betul penggunaan "antara lain,"? Contoh : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain, memberi penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Terima kasih. | Penggunaan yang betul dari segi tatabahasa ialah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain termasuklah memberikan penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuh kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. | Tatabahasa | 27.03.2020 |
Salam sejahtera. 1. Di sini bermula sejarah pewaris........ 2. Di sinilah bermula sejarah pewaris...... Ayat pertana dan ayat kedua, yang mana satu betul tentang penggunaan partikel lah? Terima kasih. | Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah, di sini/di sinilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Salam, Manakah lebih gramatis: Nota: Huruf besar untuk penekanan sahaja. (1a) "... DI DALAM ayat tersebut ..." ATAU "... DALAM ayat tersebut ..." (1b) "... DI DALAM minda kita ..." ATAU "... DALAM minda kita ..." (2) " ... implikasi yang menakutkan IALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ....", ATAU " ... implikasi yang menakutkan ADALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...." Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih | a) Penggunaan kata sendi nama “di dalam” - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama “dalam” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Jawapannya "dalam ayat" dan "dalam minda kita". b) Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa" ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu). Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha. Jawapannya: " ... implikasi yang menakutkan adalah dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...." | Tatabahasa | 26.07.2020 |
Bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negara, maka penulis memberikan penekanan khas kepada tempoh masa daripada tahun 1957 hingga 2007. Soalannya: Betulkan penggunaan sendi nama 'daripada' di sini atau lebih baik menggunakan sendi nama 'dari'? | Penggunaan sendi nama yang betul ialah "dari" bagi menerangkan tempoh masa, iaitu dari tahun 1957 hingga 2007. | Tatabahasa | 29.08.2007 |
Bolehkah saya gunakan istilah "Majlis Aspirasi dan Kecemerlangan" dengan maksud untuk memberi penekanan kepada konsep majlis tersebut supaya menjadi aspirasi kepada pelajar lain dan pada masa yang sama meraikan kecemerlangan. | Pada pandangan pihak kami, tajuk yang sesuai ialah Majlis Aspirasi Kecemerlangan. | Lain-lain | 15.03.2018 |
Salam/ Selamat Sejahtera, 1- "Penukaran akaun semasa ..." Apakah penggunaan terma yang betul? "Penukaran" atau "pertukaran"? 2- "Di antara yang diberi penekanan ..." Apakah penggunaan terma yang betul? "Di antara" atau "antara"? 3- Objektif IFSA adalah untuk menggalakkan ..." Apakah penggunaan terma yang betul? "adalah" atau "ialah"? | Jawapan soalan puan adalah seperti yang berikut: - Penukaran akaun semasa – betul; Pertukaran akaun semasa juga betul bergantung pada konteks ayat.
Penukaran merupakan perihal atau perbuatan menukar, mengubah, menggantikan. Contoh ayat: Penukaran akaun semasa perlu dibuat dengan segera sebelum 21 Mei 2014. Pertukaran merupakan perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb. Contoh ayat: Pertukaran akaun semasa kepada akaun lain boleh dibuat di ibu pejabat. - Antara perkara yang diberikan penekanan...
- Objektif IFSA adalah untuk menggalakkan...
| Tatabahasa | 20.05.2014 |