Salam sejahtera, Adakah frasa yang betul adalah penemuan artifak atau perjumpaan artifak? | Frasa yang betul ialah "penemuan artifak". | Lain-lain | 13.06.2024 |
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu. 2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran. 3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu. | Kesalahan tatabahasa dalam ayat seperti yang digariskan. 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu. 2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran. 3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu | Tatabahasa | 01.04.2014 |
breakthrough | 1)Kejayaan 2)Cemerlang 3)Kemajuan 4)Penemuan ulung | Istilah | 21.04.2011 |
saya ingin tahu maksud - maksud seperti berikut:- i. keberkesanan ii. kaedah iii. inkuiri penemuan mengikuit mata pelajaran sains iv.menjawab v. soalan vi. aras tinggi - penerangan ini bertujuan untuk jurnal | Tuan boleh mendapatkan maksud perkataan yang diperlukan melalui carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 31.03.2015 |
knP bhs melayu sentiasa berubah. | Perubahan yang berlaku dalam bahasa Melayu adalah kerana wujud penemuan terbaharu dalam sesuatu aspek, misalnya istilah, tanda baca, makna, hukum, dsb. Perubahan yang sama turut berlaku dalam semua bahasa termasuk bahasa Inggeris dalam tempoh yang panjang. Bahasa Melayu baru mengalami perkembangan awal dan proses pemantapan akan sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. | Makna | 27.10.2006 |
Salam Tuan. teguran tatabahasa yang terbaru, di manakah tempat untuk saya rujuk? | Soalan tuan kurang jelas. Sekiranya yang dimaksudkan ialah penemuan kesalahan penggunaan bahasa pada paparan awam, aduan boleh dikemukakan melalui laman web Pantau Tegur Bahasa (lihat www.prpm.dbp.gov.my), klik domain Pantau Tegur Bahasa. | Tatabahasa | 12.12.2023 |
Tuan, bolehkah menerangkan kepada saya perbezaan penggunaan perkataan penjumpaan dan perjumpaan. Tolong berikan ayat contoh. Sekian, terima kasih. | Penjumpaan ialah perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: Penjumpaan emas di California telah menarik para pelombong ke sana. Perjumpaan pula ialah hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: Perjumpaan itu telah diadakan di Balai Budaya.
| Tatabahasa | 19.05.2013 |
Saya ingin bertanya tentang... Bilakah Islam datang di Nusantara? | Ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak yang menunjukkan umat Islam sudah menetap di Nusantara, lama sebelum wujudnya kerajaan-kerajaan Islam. Untuk maklumat lanjut dan tepat saudara boleh merujuk buku-buku sejarah atau makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut. | Lain-lain | 07.01.2011 |
Boleh bagi saya contoh format penulisan laporan yang betul? | Format penulisan laporan seperti berikut : Halaman prelim yang mengandungi maklumat tentang tajuk, penyedia, surat kuasa dan tarikh; halaman kandungan; pendahuluan; latar belakang; tujuan; dapatan/penemuan; ulasan; penutup; cadangan. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku penulisan laporan di perpustakaan. | Lain-lain | 30.12.2008 |
Askm, Apakah format bagi penulisan laporan hasil wawancara tokoh? | Lazimnya penulisan penulisan mengandungi maklumat yang berikut, iaitu: halaman prelim yang mengandungi maklumat tentang tajuk, penyedia, surat kuasa dan tarikh; halaman kandungan; pendahuluan; latar belakang; tujuan; dapatan/penemuan; ulasan; penutup; cadangan. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku penulisan laporan seperti Bahasa Laporan, Asmah Haji Omar, DBP, 1997; Panduan Bahasa & Format Penulisan Laporan, Maimunah Hj. Omar, ITM, 1993; dan Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan, Samsuddin Wahab, DBP, 2005.
| Lain-lain | 12.04.2013 |