Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ner.bit] | ڤنربيت

Definisi : (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ner.bit] | ڤنربيت

Definisi : orang atau syarikat yg menerbitkan buku, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Singkatan EDITOR ILLUSTRATOR PENTERJAMAHAN PENYUSUN PENGARANG PERSEMBAHAN TIADA TEMPAT PENERBIT TIADA TARIKH PENULIS PENERBITEditor - Ed. Illustrator - Ilust. Penterjemah - Pent. Penyusun - Peny. pengarang - Peng. Tiada Tempat penerbit - t.t.p. (cadangan) Tiada tarikh - t.t. (cadangan)Penyemakan dan penterjemahan03.09.2013
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan yang lebih tepat bagi "music producer". Adakah penerbit muzik atau penerbit lagu? Terima kasihCadangan kami music producer diterjemahkan kepada penerbit lagu.Tatabahasa09.12.2014
Assalamualaikum Pihak DBP, Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang manuskrip. 1. Macam mana saya hendak memastikan pihak DBP sudah menerima manuskrip saya? 2. Bolehkah seseorang penulis menghantar manuskrip kepada penerbit lain sekiranya penerbit yang terdahulu menolak manuskripnya?

Assalamualaikum Saudara,

                 Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan didaftarkan dulu di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Penerbitan (SPMP). Pendaftaran ini memerlukan nama penulis, alamat dan nombor kad pengenalan penulis. Oleh yang demikian, penyerahan manuskrip ini hendaklah disertakan maklumat yang berkenaan. Sebaik sahaja manuskrip ini didaftarkan, salinan surat pendaftarannya akan kami hantar kepada saudara berserta surat rasmi menyatakan tindakan kami selanjutnya. 

                  Saudara boleh menghantar manuskrip ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya setelah manuskrip ini ditolak secara rasmi oleh DBP (atau mana-mana penerbit).  

 

Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. TK 

                  

Lain-lain06.07.2010
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai penerbitan buku. Saya ingin menerbitkan semula buku di bawah terbitan DBP. Jika sebelum ini,buku tersebut pernah diterbitkan oleh penerbit lain, bolehkan sekiranya DBP menerbitkannya untuk cetakan kali ini?

Bagi buku yang pernah diterbitkan oleh penerbit lain sebelum ini, Sdr boleh menerbitkannya semula dengan DBP sekiranya:

  • Hak cipta buku tersebut dipegang oleh penulis, bukannya oleh penerbit pertama.
  • Penerbit pertama telah memberikan pelepasan kepada penulis untuk menerbitkannya dengan penerbit lain. Surat pelepasan hak menerbit perlu diperoleh daripada penerbit pertama.
  • Buku tersebut mencapai tahap kualiti penerbitan DBP.
Lain-lain14.08.2012
Saya berminat untuk menulis novel. Kini sedang menulis. soalannya; 1. Apakah yang diperlukan oleh penerbit untuk penerbitan sesebuah novel? 2. Dimanakah saya akan mendapat penerbit? 3. Adakah pihak DBP mempunyai free kamus download bahasa Melayu untuk memudahkan saya menyemak ejaan dalam karangan saya? Sekian, terima kasihTahniah kerana saudara berminat untuk menjadi seorang pengarang novel. Untuk makluman saudara, selain penerbit swasta seperti PTS Publications, Alaf 21 Sdn Bhd, Utusan  Publications & Distributors dan lain-lain. DBP juga menerbitkan karya novel untuk pembaca kanak-kanak, remaja dan dewasa.  Saudara boleh menghantar  manuskrip novel saudara itu kepada mana-mana penerbit yang saudara suka untuk dinilai sebelum ia dapat diterbitkan. Bagi novel dewasa, tebal novel biasanya sekitar 300-500 halaman kertas A4 bertaip komputer langkau dua baris, sementara novel remaja tebalnya 200-300 halaman dan novel kanak-kanak tebalnya 100-200 halaman. Jika saudara berminat untuk menghantar kepada DBP, bolehlah menghubungi Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, di alamat e-mel norimah@dbp.gov,my   (bagi novel dewasa ) atau Ketua Editor Bahgian Buku Kanak-Kanak dan Remaja di alamat arshad@dbp.gov.my  (bagi novel kanak-kanak dan remaja). DBP juga ada menyediakan kamus untuk orang awam menyemak ejaan atau makna istilah yang diperlukan dengan membuka laman rasmi DBP.  Terima kasih.Lain-lain09.08.2010
Salam, Saya ada satu persoalan sebagai seorang penulis yang ingin menterjemahkan buku bahasa inggeris ke bahasa melayu, adakah perlu mendapat kebenaran dahulu kepada editor atau penerbit atau penulis asal. Jika perlu bagaimana ingin mendapatkannya kebanyakkan mereka di luar negara.. Terima kasih jika sudi membantu.Jika tujuan menterjemah itu untuk diterbitkan dalam bahasa lain, perlulah mendapat izin daripada penerbit asalnya, meskipun penerbit itu berada di luar negara. Alamat penerbit biasanya boleh dicari melalui internet.Lain-lain02.06.2012
apa itu maksud kolofon,otograf,kodikologiKolofon bermaksud lambang penerbit pada buku; petunjuk pada bahagian akhir buku tentang nama penerbit, waktu terbit,dsb. Otograf atau autograf? Autograf bermaksud tandatangan sesorang, baiasanya orang terkenal; naskhah asal yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri. Kodikologi bermaksud kajian tentang manuskrip.  Makna05.04.2008
Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih.

Tuan perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengaetahui selok belok penerbitan baharulah tuan menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

Lain-lain23.07.2009
Salam, saya ingin bertanya bagaimana boleh saya mendapatkan contoh perjanjian antara penulis dengan penerbit.Dokumen perjanjian adalah satu dokumen kontrak bertaraf sulit antara penerbit dengan penulis. Oleh itu ia tidak boleh diedarkan untuk tatapan/rujukan awam. Waima contohnya sekalipun. Sekiranya saudara ingin mendapatkan maklumat umum tentang isi dokumen perjanjian ini, sila rujuk buku Penulis dan Undang-Undang yang ditulis oleh Kamal Halili Hasan.Lain-lain30.06.2010
Salam. Saya ingin bertanya mengenai perincian yang harus ada dalam lesen penerbitan atau penerimaan dan penawaran manuskrip untuk tujuan terbitan antara penulis dengan penerbit. Kadar royalti yang umum untuk penerbitan novel remaja. Terima kasih.

Salam,

Antara perkara penting yang perlu ada dalam lesen penerbitan adalah kadar royalti, kaedah pembayaran royalti, jenis hak yang diberi oleh penulis kepada penerbit, kuasa/hak penerbit dan penulis, tarikh/tempoh karya perlu diterbitkan dan juga tempoh perjanjian. Kadar royalti pula adalah berbeza mengikut penerbit. Agggarannya antara 7-15%.

Lain-lain17.11.2009
12345678910...

Kembali ke atas