Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menayakan mengenai penerbitan buku 1. Semua yang perlu di ketahui untuk menerbitkan sebuah buku 2. Berapakah jumlah buku yang telah malaysia terbitkan pada 2010 (syarikat penerbitan) 3. dan undang-undang penerbitan di malaysia

(1)Proses penerbitan buku berbeza-beza sedikit mengikut  penerbit dan jenis buku yang diterbitkan. Pada umumnya, proses penerbitan bermula dengan cadangan penulisan/manuskrip daripada penulis, pelantikan penulis, penilaian manuskrip, kelulusan penerbitan, penyuntingan, penyediaan reka bentuk  dan ilustrasi, pembacaan pruf, penyediaan pruf akhir, dan percetakan.

(2) Anda boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat.

(3) Anda boleh mendapatkan maklumat tentang undang-undang penerbitan di Malaysia dengan membaca  sebarang buku tentang Undang-undang Hak Cipta di Malaysia. 

Lain-lain23.11.2010
Apakah syarat-syarat am atau khas bagi seseorang individu ingin menerbit atau menulis sesebuah buku?

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan.

A. Sdr. perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengetahui selok belok penerbitan baharulah sdr. menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

B. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah:

1.     Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis.

2.     Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan.

3.     Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

4.     Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur.

5.    Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa.

6.    Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis

Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya!

Lain-lain19.10.2010
1- cara penerbitan antologi puisi perseorangan ?. 2- adakah pihak DBP masih menerima untuk menerbitkan antologi puisi perseorangan ? 3-mohon pihak tuan melihat sedikit puisi saya di laman blog berikut iaitu - http://kotapuisi.blogspot.com/

Salam. Cara penerbitan kumpulan puisi perseorangan:

i.    Kumpul karya puisi sekitar 50 buah hingga 100 buah atau lebih. Sekiranya mempunyai wang peruntukan sendiri lebih mudah menerbitkan sendiri.

ii.   Pihak DBP bersedia menerima pengiriman karya kumpulan puisi perseorangan untuk dinilai bagi tujuan penerbitan. Dalam hal ini, sdr. perlu mengrimkan 100 buah puisi atau lebih (lebih banyak lagi baik). Sebaik-baiknya, puisi-puisi tersebut perlu disusun mengikut tema dan akan melalui proses penilaian oleh pakar yang dilantik oleh pihak DBP.

Sekian dan selamat berjaya! Wassalam. 

Lain-lain24.03.2009
Saya hendak menerbitkan buku Quran Terjemahan Bahasa Melayu tanpa sebarang huruf jawi atau ayat al quran . 1 Saya ingin tahu adakah DBP ada memberi peruntukan dana penerbitan 2 Bagaiman memohonnya Terima kasihDewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan dana penerbitan bagi tujuan penerbitan tersebut.Lain-lain22.06.2012
BOLEHKAH SAYA BERURUSAN DENGAN DBP CAWANGAN SABAH UNTUK MENDAPATKAN PENERBITAN BUKU LATIHAN RUMUSAN SPM. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU SAYA SEDIAKAN UNTUK TUJUAN PERRMOHONAN PENERBITAN BUKU LATIHAN TERSEBUT.

Saudara boleh berurusan terus dengan Unit Penerbitan, DBP Cawangan Sabah.

Bahan yang perlu disediakan ialah:

1. Manuskrip yang mempunyai ciri-ciri tersebut

-font saiz 12

-langkau 2 baris

-kertas A4

-disediakan CD writer

-Surat iringan yang menyatakan manuskrip tersebut untuk diterbitkan.

Kelulusan penerbitan manuskrip tersebut tertakluk kepada penilaian awal editor, dan kelulusan JKE/JKP

sekian.Terima kasih

Lain-lain04.03.2009
En Sulaiman, Saya ingin tahu bagaimana caranya untuk memohon dana bagi membuat kajian penulisan buku (bukan penerbitan buku). (1) Adakah borang tertentu yang boleh dimuat turun? (2) Berapakah jumlah maksima yang boleh diberikan oleh DBP? Sekian, terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan dana bagi membuat kajian penulisan buku.Lain-lain23.10.2012
1. ADAKAH DBP MASIH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENERBITAN CARA BIASA(BUKAN MELALUI PORTAL),YANG MELIPUTI ASPEK-ASPEK EDITING(KUALITI KANDUNGAN, BAHASA,FORMAT), PERCETAKAN & PEMASARAN DAN BAGAIMANA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN TERSEBUT?. 2. DARI SEGI PULANGAN KEPADA PENULIS, APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KAEDAH BIASA DAN KAEDAH BARU(MELALUI E-KARYAWAN)? 3. APAKAH IMPLIKASINYA APABILA PENULIS MENDAFTAR DALAM E-KARYAWAN?1. DBP masih menyediakan perkhidmatan penerbitan cara biasa. 2. DBP memberi pulangan mengikut kaedah seperti biasa. 3. Tiada implikasi buruk terhadap penulis, tetapi ini merupakan kaedah alternatif untuk mempercepatkan proses penerbitan sesebuah buku.Lain-lain15.08.2007
Assalamaualaikum & salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanyakan soalan tentang cara-cara untuk penerbitan buku kerana saya sudah mempunyai skrip penulisan cerita hasil karya saya sendiri. Untuk pengetahuan tuan/puan genre buku saya adalah berkaitan tentang kisah teladan kanak-kanak. Justeru itu, saya ingin menerbitkan himpunan cerita-cerita kanak ini dalam bentuk buku sebagai teladan kepada kanak-kanak sekarang. Persoalan saya disini, saya baru hendak mula menerbitkan buku, jadi saya tidak tahu cara sebetulnya kemana skrip ini harus dihantar untuk dinilai?? dan adakah saya perlu mengeluarkan sebarang kos dalam penerbitan buku saya ini? Mohon bantuan daripada tuan/puan atas masalah saya ini.

Anda perlu menghantar cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap untuk penilaian pihak kami. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk penerbitan karya anda termasuk menyediakan lukisan.  Sila hantar karya anda ke alamat berikut:

Ketua

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak

 dan Remaja(PURNAMA),

Tingkat 21, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

 50460 Kuala Lumpur 

Lain-lain12.06.2010
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian.

Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan  Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin  merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin  mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia.

2. Editor- Mengetuai  operasi penerbitan  buletin , seperti memastikan makalah  siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan  membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif   pada makalah tersebut.

3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi  tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor.

4. Editor Pengeluaran - Membuat  kerja rekabentuk buletin  seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf .

 

 

 

 

 

Lain-lain27.09.2010
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih.

Salam.  Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun).  Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja.  Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. 

Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman.  Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto.

Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum.  Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati.  Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti.  Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran.

Lain-lain18.11.2009
12345678910

Kembali ke atas