Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ri.ma.an] | ڤنريماءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, penghargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihentikan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tang­gapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana penerimaan remaja tentang hukum hudud?

Saudara,

Jawapan bagi pertanyaan seperti ini memerlukan kajian dan penyelidakan di perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain18.08.2010
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuanAyat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan.

"Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan."

Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pa­wang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau man­teranya);

Tatabahasa14.06.2013
Apakah nama khas bagi tempat penerimaan hadiah Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi pemenang yang menerima pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Olahraga / Sukan Tahunan Sekolah?platform pemenang , rostrum pemenang.Lain-lain13.05.2011
saya sedang membuat kajian tentang ' individual innovativeness" terhadap penerimaan inovasi teknologi dalam bidang pendidikan. saya ingin mendapat kepastian maksud perkataan innovativeness terima kasih

 

Puan Noraini terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

individual innovativeness - boleh diterjemahkan sebagai daya pembaharuan individu terima kasih.

Makna20.11.2009
apakah yang dimaksudkan dengan sambutan?Sambutan bermakna penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.10.2008
1. Mengapa bahasa Melayu tidak dapat digunakan 100% dalam sistem penyampaian, penerimaan dan pengguna di IPTA Malaysia. 2. Mengapa hanya lulus (Kepujian) Bahasa Malaysia diperingkat SPM untuk kemasukan IPTA sahaja sedangkan IPTS tidak diperlukan.

Encik Zulkarnain

Soalan saudara ini lebih melibatkan dasar kerajaan. Terdapat sebab tertentu dan telah menjadi peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah ITPA ATAU IPTS tersebut.

Lain-lain23.07.2010
Salam. Saya ingin bertanya mengenai perincian yang harus ada dalam lesen penerbitan atau penerimaan dan penawaran manuskrip untuk tujuan terbitan antara penulis dengan penerbit. Kadar royalti yang umum untuk penerbitan novel remaja. Terima kasih.

Salam,

Antara perkara penting yang perlu ada dalam lesen penerbitan adalah kadar royalti, kaedah pembayaran royalti, jenis hak yang diberi oleh penulis kepada penerbit, kuasa/hak penerbit dan penulis, tarikh/tempoh karya perlu diterbitkan dan juga tempoh perjanjian. Kadar royalti pula adalah berbeza mengikut penerbit. Agggarannya antara 7-15%.

Lain-lain17.11.2009
Tuan, saya mohon penjelasan tentang penggunaan tanda garis miring (/) yang betul dan alasan penerimaan penggunaan yang betul. 1. Harganya RM3.00/ela. 2. Harganya RM3.00/ ela. 3. Harganya RM3.00 /ela. 4. Harganya RM3.00 / ela.

Tanda garis miring (/) digunakan seperti yang berikut:

(a) Nombor rujukan surat rasmi, contoh: DBP/4-9/23/4/32 K.8 (68)

(b) Sebagai pengganti kata dan, atau, dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat.

Contoh:  - Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan

              -  Harganya RM3.00/ela

 

Tatabahasa16.10.2009
1. lump sum 2. acceptance 3. st. purchase 4. possession1. sekali gus 2. penerimaan 3. jual beli 4. pemilikkanLain-lain13.02.2009
Adakah penggunaan 'dari' dan 'daripada' dalam ayat ini betul: "Kerajaan hendaklah menandatangani dokumen tersebut tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen daripada Syarikat" Terima kasih.


Saudara/Saudari,

Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.

Menerusi ayat contoh yang dikemukakan tersebut, penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada' penggunaannya ialah tepat.
 
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.

Tatabahasa20.09.2012
123

Kembali ke atas