Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.di.lan] | ڤڠاديلن

Definisi : 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) meng­adili, perbicaraan serta keputusan oleh peng­adil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukum­an mati dlm ~ di mahkamah Nurem­berg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.di.lan] | ڤڠاديلن

Definisi : 1 mahkamah tempat mengadili sesuatu perkara. 2 keputusan yg dicapai setelah mengadili sesuatu; cara mengadili. 3 sidang hakim ketika mengadili perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengadilan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
seorang hakim yag berpengalaman telah diupah untuk pengadilan kes rogol ini. Ituan, pengadilan adalah salah dalam ayat ini. tetapi dalam frasa sendi nama...untuk(kata sendi) dan mesti diikuti dengan kata nama, maka pengadilan digunakan untuk menggantikan mengadili... (adakah pandangan saya salah?) tq , tuan"Untuk" dalam ayat tersebut tidak berfungsi sebagai kata sendi nama, sebaliknya sebagai kata keterangan. Kata "untuk" banyak digunakan dalam ayat keterangan tujuan yang menerangkan maksud bagi sesuatu perkara atau kejadian. Contoh ayat yang lain, Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.Tatabahasa15.09.2011
MAKSUD PERKATAAN "FORENSIKBerkenaan pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna17.02.2009
PEMBICARAAN ATAU PERBICARAANKEDUA-DUA PERKATAAN, PERBICARAAN DAN PEMBICARAAN ADALAH BETUL. MENURUT KAMUS, PERBICARAAN BERMAKSUD PENGADILAN SESUATU PERKARA DI MAHKAMAH. PEMBICARAAN PULA BERMAKSUD PERCAKAPAN, PERBINCANGAN.Makna03.03.2011
PEMBICARAAN ATAU PERBICARAKEDUA-DUA PERKATAAN, PERBICARAAN DAN PEMBICARAAN ADALAH BETUL. MENURUT KAMUS DEWAN, PERBICARAAN BERMAKSUD PENGADILAN SESUATU PERKARA DI MAHKAMAH. PEMBICARAAN PULA BERMAKSUD PERCAKAPAN, PERBINCANGAN.Makna03.03.2011
salam. adakah wujud penggunaan perkataan"Penjurian" "dijuri" dalam ayat?betulkah imbuhan yang digunakan itu?tq'Penjurian' dan 'dijurikan' sama makna dengan 'Pengadilan' dan 'diadili'. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa06.03.2007
1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

1.   berat badan lebih (betul)

2. penggunaan perkataan "ianya"

Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.

 

3....ialah antara...(betul)

4....peningkatan usaha...(betul)

5....mengunjungi gimnasium...

6....muka pengadilan...(betul)

7....adalah agar peserta dapat...(betul)

8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul)

9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul)

10....tenaga yang boleh diperbaharu...

 
11....berpunca kerana...(betul)

12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah...

 

13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

 

Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu.

Tatabahasa20.11.2013
pakar bedah mayat dalam bahasa inggeris

Sekiranya diterjemahkan secara literal  "outpsy" (autopsi) Pemeriksaan organ dan tisu mayat untuk menentukan sebab kematian atau keadaan patologi. Manakala pakar bedah dalam bahasa Inggeris ialah "surgeon". Manakala kata Forensic (forensik) pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (misalnya, utk menentukan punca sesuatu kematian). Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210.

Istilah01.03.2009

Kembali ke atas