Orang yang menbuat aduan akan digelar PENGADU, bagaimana pula dengan orang yang diadu? adakah terdapat gelaran untuk tersebut. Terima Kasih | Mengikut Kamus Dewan, "pengadu" boleh membawa dua makna, iaitu orang yang memberitahu seseorang mengenai sesuatu (yang tidak menyenangkan dan sebagainya untuk mendapatkan pertolongan (sokongan, simpati) atau boleh juga untuk mendapatkan keadilan. Makna kedua perkataan "pengadu" ialah orang yang mengadukan, iaitu memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang atau perkara kepada orang atau pihak tertentu. | Tatabahasa | 20.02.2014 |
Tuan, Laman web Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (http://ekamus.dbp.gov.my - Cari) tidak berfungsi. Pengadu : Kang Chuen Tat - Pelatih Sukarelawan Pendidikan Kejuruteraan Komuniti. | Gerbang Kata sedang mengalami masalah teknikal dan akan segera dibaik pulih. Maaf atas segala kesulitan. | Lain-lain | 16.12.2023 |
Assalammualaikum kepada pihak DBP. Saya ingin bertanya. Antara "adalah berdasarkan" dengan "ialah berdasarkan", yang manakah yang paling tepat ? Bolehkah penggunaan "berdasarkan" (tanpa kata pemeri) digunakan di tengah ayat ? Cth : Keputusan pertandingan matematik itu ditentukan "berdasarkan" syarat-syarat pertandingan tersebut. (Atau perlu tambah kata pemeri). Jawapan anda amat saya hargai. | Kata kerja "berdasarkan" tidak perlu didahului kata pemeri. Contohnya, Siasatan penyelahgunaan tempat awam dilakukan oleh pihak penguat kuasa berdasarkan aduan pengadu. | Tatabahasa | 16.06.2022 |