Mana yang betul? Pengajaran dan pembelajaran atau pengajaran dan pemelajaran? Apakah perbezaan kedua-duanya? Bila masa kita gunakan pembelajaran dan bilakah masanya kita menggunakan pemelajaran? | Pengajaran dan pembelajaran merujuk pada proses belajar manakala pengajaran dan pemelajaran merujuk pada proses mempelajari sesuatu. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks. | Tatabahasa | 20.04.2010 |
Antara perkataan "pengajaran dan pembelajaran" dan "pengajaran dan pemelajaran" yang manakah lebih tepat penggunaannya? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Manakala pemelajaran pula ialah proses mempelajari. Cadangan kami ialah pengajaran dan pemelajaran. Bagaimanapun, ia bergnatung kepada konteks penggunaan dan maksud yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 29.03.2009 |
1.TAKRIFAN TATABAHASA-BERAPA TOKOH BAHASA. 2.OBJEKTIF PENGAJARAN TATABAHASA. 3.PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA. 4.CONTOH PENGAJARAN TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG. | Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Kami mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik/ layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 02.06.2013 |
1) Yang manakah antara berikut adalah betul;- a) pengajaran dan pembelajaran, atau b) pengajaran dan pemelajaran. | Kedua-duanya betul, pengajaran dan pembelajaran (proses belajar), serta pengajaran dan pemelajaran (proses mempelajari). | Lain-lain | 08.12.2008 |
1) wajarkah pengajaran bahasa melayu di sekolah menggunakan bahasa dialek? 2) langkah DBP untuk mengelakkan penggunaan bahasa dialek dalam pengajaran bahasa melayu di skolah? | Pengajaran bahasa Melayu di sekolah hendaklah menggunakan bahasa baku atau standard kerana pengajaran di sekolah merupakan situasi rasmi atau formal. DBP sentiasa berusaha untuk menggalakkan dan memastikan bahasa baku digunakan di sekolah dengan mengadakan pelbagai kegiatan kebahasaan seperti forum, seminar, ceramah, kursus dsb. agar bahasa baku dapat dipraktikkan dalam sesi-sesi ini. | Lain-lain | 26.03.2008 |
i) Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ...... ii) Di akhir pengajaran, murid-murid dapat ..... Antara dua ayat ini, ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ...... | Lain-lain | 29.04.2010 |
frasa manakah yang lebih sesuai "pengajaran yang kita peroleh melalui filem" atau "pengajaran yang kita peroleh dalam filem"? | Kedua-dua farasa tersebut boleh digunakan. Namun, cadangan kami yang lebih sesuai ialah "pengajaran yang kita peroleh dalam filem". | Tatabahasa | 25.06.2013 |
pengertian pendidik,pengajaran dan pembelajaran | Pendidik ialah orang yg mendidik, guru. Pengajaran pula ialah perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar) atau segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran. Pengajaran juga bermakna peringatan, pedoman. Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum. | Makna | 26.07.2008 |
PENGAJARAN BAHASA INGGERIS DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI: IMPLIKASINYA TERHADAP USAHA PEMANTAPAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA | Pengajaran bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi sememangnya mempunyai implikasi terhadap pemantapan bahasa Melayu di Malaysia. Seharusnya pengajaran bahasa Melayu mesti terus dipergiat dan dipertingkatkan supaya tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang yang lain yang tidak kurang pentingnya. | Lain-lain | 25.08.2006 |
Tiada.....sebagai pengajaran & pembelajaran (Pelajar PPGUSM) | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 16.12.2012 |