Assalamu'alaikum saya wan ahsani pelajar daripada UKM Bangi.Saya ingin bertanya apakah perbezaan penggunaan istilah institusi pengajian tinggi Malaysia dengan institusi Pengajian Tinggi di Malaysia?Mengapakah menggunakan perkataan 'Pengajian Islam" contoh Fakulti Pengajian Islam tetapi bukan Pendidikan Islam? terima kasih atas segalanya | 1. Kedua-dua- frasa "institusi pengajian tinggi Malaysia" dengan "institusi Pengajian Tinggi di Malaysia" sama sahaja maknanya. 2. Pengajian bermaksud penyelidikan yang mendalam atau terperinci dan pendidikan ialah perihal mendidik. Oleh itu, Fakulti Pengajian Islam ialah frasa yang betul kerana pengajian di peringkat yang lebih tinggi lebih mendalam dan terperinci. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
IPTA= Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTS= Institusi Pengajian Tinggi Swasta (adalah kata nama khas) Soalan: Adakah institusi pengajian tinggi adalah kata nama khas? Perkataan ini "institusi pengajian tinggi" digunakan untuk merujuk kepada maktab/universiti/kolej secara am. Mohon pencerahan. Terima kasih | Institut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta ialah kata nama am, tetapi lazimnya dalam menulis singkatan kedua-dua frasa nama itu dieja dengan huruf besar seperti IPTA dan IPTS. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
apakah dasar penggunaan bahasa melayu di institusi pengajian tinggi swasta? | Dalam sistem persekolahan kerajaan, penggunaan bahasa Melayu diwajibkan sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke institusi pengajian awam. Bagi pusat pengajian tinggi swasta, tidak dapat dipastikan tentang penggunaan bahasa Melayu. Sila rujuk Jabatan Pengajian Tinggi (Swasta), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. | Lain-lain | 19.02.2008 |
Assalamualikum, mohon bertanya mana yang betul: di dalam menyambung pengajian peringkat sarjana atau didalam menyambung pengajian peringkat sarjana Sekian, terima kasih | Frasa yang betul ialah "dalam menyambung pengajian peringkat sarjana". | Tatabahasa | 30.09.2013 |
Salam. Tuan/Puan, bidang pengajian apa di universiti yang patut diikuti oleh orang yang berminat dengan kerja suntingan? Terima kasih. | Bidang pengajian media biasanya ada kursus penyuntingan, contoh di UM. Kursus penyuntingan juga banyak dilaksanakan oleh DBP. | Lain-lain | 25.04.2012 |
APAKAH MAKSUD DIFUSI MENGIKUT SUBJEK PENGAJIAN MALAYSIA? | Perkataan difusi (resapan)bermaksud perihal meresapkan atau menyebarkan pengetahuan, kebudayaan dsb. Makna DIFUSI MENGIKUT SUBJEK PENGAJIAN MALAYSIA-terlalu luas bergantung pada konteksnya. | Makna | 25.01.2007 |
saya ingin meneruskan pengajian di ipta..permohonan saya ditolak..saya mengharapkan bantuan... | Assalamualaikum Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas semangat dan keinginan saudara untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saudara perlu sentiasa beringat bahawa bukannya mudah untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Tabah menghadapi kegagalah kerana kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran. Oleh itu jika saudara gagal untuk mendapat tempat di IPTA jangan putus asa, cari jalan penyelesaian yang lain seperti mendapatkan tempat di IPTS yang penting matlamat untuk saudara menyambung pelajaran dan memperoleh kejayaan akan tercapai di suatu hari nanti insyaallah. Sekian selamat belajar dan selamat memperoleh kejayaan yang cemerlang | Lain-lain | 11.05.2010 |
MAKSUD PELAJAR PERINGKAT RENDAH MAKSUD PELAJAR PENGAJIAN TINGGI | Encik Saleh, terima kasih kerana bertanyakan soalan ini. Pelajar sekolah rendah merujuk murid-murid sekolah dari darjah satu hingga tingkatan lima, manakala di peringkat pengajian tinggi pula ialah mereka yang menunutut di universiti atau kolej. sekian terima kasih. | Makna | 07.01.2009 |
saya ingin mendapat kepastian tentang penggunaan istilah "Post Graduate Studies" atau "Graduates Studies" bagi merujuk kepada pengajian siswazah di peringkat master dan PhD. Istilah yang mana lebih sesuai? | "Post Graduate Studies" dan "Graduates Studies" kedua-duanya merujuk pelajar/pengajian lepasan ijazah. Oleh itu boleh digunakan salah satu daripada dua istilah tersebut untuk merujuk pelajar/pengajian master atau PhD. | Lain-lain | 10.10.2008 |
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL. SAYA TELAH DIPANGGIL UNTUK MENGIKUTI TEMUDUGA BAGI PROGRAM DI ATAS IAITU,LG221 SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA DI FAKULTI AKADEMIK PENGAJIAN BAHASA,UITM,SHAH ALAM PADA BESOK HARI,26/04/2008.SILA KEMUKAKAN MAKLUMAT BERKAITAN PROGRAM DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK SAYA.KALAU BOLEH SECEPAT YANG MUNGKIN.DALAM MASA SEKARANG. | Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan sdr dengan segera kerana soalan sdr dihantar pada 25 April 2008 (Sabtu) bukan hari bekerja. Walau bagaimanapun, dilampirkan beberapa rujukan tentang bahasa Melayu komunikasi untuk rujukan sdr. Ekspresi : kursus bahasa Melayu untuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi | Mat Zaid Hussein | Penerbit Universiti Malaya | 2003 | | Lain-lain | 25.04.2008 |