Apakah perkataan yang sesuai untuk digunakan bagi terjemahan "Mass Enablement"? "Mass Enablement" boleh ditakrifkan sebagai pengaktifan sesuatu kaedah secara besar-besaran. Contohnya, pengaktifan penggunaan kad Touch n Go di seluruh tol di Malaysia (dilakukan secara besar-besaran). Saya ada beberapa cadangan untuk terjemahan terma ini: 1. Pengaktifan Secara Besar-Besaran 2. Pengaktifan Secara Massa 3. Pengaktifan Berbesaran 4. Pengaktifan Besar-Besaran 5. Pengaktifan Besaran Harap tuan dapat cadangkan terjemahan yang sesuai bagi "Mass Enablement". Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bagi frasa "Mass Enablement" diterjemahkan sebagai pengaktifan massa (seperti pola mass phenomenon atau fenomena massa dalam bidang Antropologi dan Komunikasi). Namun, terdapat juga padanan lain yang tepat bagi istilah tersebut, iaitu pengaktifan menyeluruh atau pengaktifan berkelompok, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 18.01.2020 |
Mohon Penterjemahan istilah "Forest Trails" dan "activation spaces" dalam konteks pengaktifan taman awam. | Kami mencadangkan "forest trails" dan "activation spaces" diterjemahkan sebagai "denai hutan" dan "kawasan pengaktifan", bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2020 |
Pertanyaan Bahasa | Sila kemukakan iklan melalui laman web DBP www.prpm.dbp.gov.my 1. Klik e-Perkhidmatan 2. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Pengguna yang pertama kali perlu mendaftar terlebih dahulu. Semak e-mel untuk mendapatkan kod pengaktifan. Setelah mendapat kod pengaktifan, tuan boleh menghantar permohonan. | Lain-lain | 19.04.2012 |
Assalamualaikum saya ingin membuat pertanyaan mengenai email log mauk saya yang belom mendapat pengaktifan. | Sila hubungi pegawai sistem maklumat kami melalui talian 03-21479373. | Lain-lain | 11.09.2015 |
BAGAIMANAKAH UNTUK MELAKUKAN KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA SECARA ONLINE SETELAH DI DAFTAR ID PENGGUNA KOD PENGAKTIFAN? - INSAN KELIRU | Sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila klik domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA dan daftar untuk pelanggan yang baharu mendaftar. Kemudian lampirkan visual iklan dan segala maklum balas akan diberikan melalui e-mel yang didaftarkan. | Lain-lain | 03.03.2015 |
Saya sudah mendaftar untuk menggunakan khidmat pengesahan bahasa bagi e-perkhidmatan dan sudah pun menerima emel kod pengaktifan, tetapi saya gagal untuk mengaktifkan akaun saya walaupun sudah mencuba banyak kali. Apakah masalahnya? | Untuk maklumat yang berkaitan, sila hubungi pegawai Bahagian Sistem Maklumat, DBP, iaitu Encik Mohd. Shaufi bin Kambarudin melalui talian 03-21479389 dengan memaklumkan masalah puan. | Lain-lain | 08.12.2014 |
Diskaun Hingga 30% | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 26.05.2017 |
D WAN KAFE | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 10.04.2017 |
saya ingin mendapatkan pengesahan untuk artwork banner syarikat | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 22.05.2017 |
saya ingin menyemak bahasa iklan kedai saya WHITE CASPIA | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 17.04.2017 |