Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.kuan] | ڤڠاکوان

Definisi : 1. perihal (perbuatan, pernya­taan) mengaku atau mengakui: dia telah mem­buat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.kuan] | ڤڠاکوان

Definisi : hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengakuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di Mahkamah ada proses 'plea' atau 'pengakuan' tertuduh apabila didbaca pertuduhan kepadanya samada dia mengaku keatas pertuduahan itu atau tidak, kalau dia tak mengaku bersalah dalam bahasa Inggeris di sebut "pleaded no guilty" dalam bahasa Melayunya "tidak mengaku bersalah" tetapi mengapa akbar melaporkan sebagai "mengaku tidak bersalah" dan ini sudah menjadi penerimaan umum. Setahu saya terjemahan mestilaah mengambil susurgalur bahasa Melayu bukan boleh "direct" terjemah macam ituUngkapan bahasa Inggeris yang digunakan ialah 'pleaded not guilty'. Terjemahan 'not guilty' ialah tidak bersalah. Oleh itu 'pleaded not guilty' diterjemahkan sebagai mengaku tidak bersalah.Penyemakan dan penterjemahan19.12.2007
Assalamualaikum, Apakah maksud perkataan pemeran? Contoh ayat: 1. Pengakuan adanya berkaitan peranan antara pemeran. 2. Strategi merupakan kaedah yang digunakan oleh pemeran untuk mencapai tujuan tertentu. terima kasih.Dalam bidang Komunikasi pemeran jahat atau watak pemeran digunakan sebagai padanan istilah bad guys. Dalam bahasa Indonesia pemeran bermaksud aktor atau pelakon lelaki tetapi bahasa Melayu mengekalkan yang sedia ada.Tatabahasa16.12.2012
maksud advokasi? dan maksud proklamasi? tk

Tuan Syeikh,

Advokasi bermakna pengakuan manakalala proklamasi pula ialah pengumuman

Makna20.08.2010
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI"

Saudara,

Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll);

Makna perkataan sejati:  asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna01.12.2009
Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP

Encik Sallehuddin,

Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini.

Lain-lain01.10.2010

Kembali ke atas