Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengalamatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
istilah Pengalamatan
Pengalamatan (di bawah entri alamat1) bermaksud tindakan yang membolehkan ingatan, peranti, rutin atau nod dalam rangkaian komputer dikenal pasti (Kamus Dewan Perdana, 2020:24). Perkataan ini berlabel bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Berdasarkan makna tersebut, perkataan pengalamatan tidak sesuai digunakan dalam konteks proses atau perbuatan memberikan alamat kepada rumah atau premis. Terima kasih. 


Makna05.11.2024
Salam Sejahtera. Apakah pembezaan 'Laman' dan 'Halaman'? ( Kedua-dua perkataan adalah berkaitan dengan istilah komputer. Terima kasih.

Dalam bentuk kata umum laman dan halaman sama maknanya, dan pemakaian dalam bidang istilah perlu melihat kepada istilah yang telah dibentuk. Dalam bidang komputer kebanyakan istilah page ialah halaman seperti page break - pemisah halaman, page addressing - pengalamatan halaman, page printer - pencetak halaman dan sebagainya, serta amat sedikit yang menggunakan laman seperti homepage - laman web.

Makna25.06.2010

Kembali ke atas