HURAIAN MAKSUD PENGUASAAN, AMALI DAN KEMAHIRAN | Penguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu. Amali ialah pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb. Kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian. | Makna | 24.08.2007 |
Apakah itu budaya tinggi dan budaya rendah? dan sumber rujukan mana yang boleh saya rujuk untuk mendapatkan penjelasan lanjut | Tidak ada maklumat yang rinci tentang budaya tinggi dan budaya rendah dalam pangkalan data kami. Budaya tinggi lazimnya diakitkan dengan budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; manakala budaya rendah dikaitkan dengan pengamalan yang kurang baik dan tidak maju. | Makna | 24.03.2015 |
Salam, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah virtue ethics. Saya maklum bahawa virtue diterjemahkan sebagai sifat murni. Terima kasih. | Cadangan terjemahan kami bagi "virtue ethics" ialah etika murni. Merujuk Kamus Dewan, etika bermaksud "1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera." | Penyemakan dan penterjemahan | 02.12.2015 |