Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.ma.tan] | ڤڠامتن

Definisi : , pengamat-amatan peng­awas­an, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.ma.tan] | ڤڠامتن

Definisi : perbuatan atau hal mengamati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengamatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul ayat 'kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat' ? Saya kurang pasti dengan penggunaan adalah sebelum perkataan bergantung.Ayat yang betul ialah "Kebolehan pengamatan juga bergantung pada minat."Lain-lain01.04.2023
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya boleh ke jika saya menterjemahkan 'sensemaking' sebagai "pertimbangan"? Selain kepekaan dan pengamatan? Hal ini kerana kajian ini untuk mendalami dan meneroka secara lebih mendalam proses pertimbangan (sensemaking) guru perakaunan tentang PdP secara atas talian? Tambahan pula, kajian ini menggunaan teori organisasi konsep pertimbangan daripada Weick 1995. Terima kasih Tn.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “sensemaking” ialah “kepekaan deria” dan “pengamatan rasa".

Lain-lain06.10.2021
Salam sejahtera, adakah 'cendawan tumbuh selepas hujan' peribahasa? Pada pengamatan saya, ungkapan ini membawa makna 'muncul dengan banyaknya pada sesuatu ketika'. Maka, saya merasakan bahawa penggunaannya dalam ayat 'Masalah sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini' salah. Pada saya, penggunaannya yang betul ialah 'Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kafe siber muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Balasan dan penjelasan tuan/puan amat saya hargai. Sekian. Kay Seven Bukir Mertajam, Pulau Pinang.Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Terima kasih.Lain-lain20.12.2016
Apakah istilah yang paling tepat untuk "Perceived Physical Literacy Instrument"? Adakah "Instrumen Tanggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Anggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Pengamatan Literasi Fizikal?". Contoh instrumen dilampirkan dalam fail di bawah.Padanan bahasa Melayu untuk "Perceived Physical literacy Instrument" ialah Instrumen Anggapan Literasi Fizikal.Makna24.10.2022
Salam 1Malaysia dan selamat sejahtera, selaku munsyi saya sering menemukan KKTttr 'berleluasa', misalnya kes ragut berleluasa, gejala hedonisme berleluasa dan sebagainya. Pada pengamatan saya, kata kerja ini disalahgunakan dari aspek morfologi dan semantik atau menyalahi hukum morfologi dan semantik bahasa Melayu. Yang betul ialah jenayah ragut berlaku dengan leluasanya dan gejala hedonisme berlaku dengan leluasanya. Hal ini saya katakan demikian kerana kata sendi nama 'dengan' seharusnya diikuti kata nama, yakni leluasa + nya, menjadi kata nama. Soalnya, adakah rumus tersebut betul? Sekian, terima kasih. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Kami menerima dan bersetuju dengan pandangan tuan, ayat yang betul "jenayah ragut berlaku dengan leluasanya" dan "gejala hedonisme berlaku dengan leluasanya". Kedua-dua ayat ini dibina mengikut rumus yang betul.Tatabahasa20.12.2016
Assalamualaikum warahmatullah, Pertanyaaan berkenaan penggunaan "lain-lain hal" berdasarkan kaedah Hukum D-M, maka penggunaan yang betul ialah "hal-hal lain". Berdasarkan pengamatan saya hukum D-M dibuat berdasarkan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh orang Melayu, kaedah datang kemudian. Di sini, penggunaan bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab secara khususnya dalam kaedah ini, jika dilihat pada kaedah "mausuf sifat" di dalam bahasa Arab. Dalam perkara ini, orang Melayu juga menggunakkan penggunaan yang meluas dengan menghubungkan M dengan D, seperti contoh di atas, "lain-lain hal" dan perkara ini adalah biasa dan mengikut nahu yang betul di dalam bahasa Arab iaitu berdasarkan kaedah "idafat ul-sifat ila al-mausuf." Jadi apakah asas penentu dalam membuat dasar atau hukum seperti Hukum D-M ini? Dan adakah tiada ruang untuk mewujudkan "Hukum Penghubung M-D" agar ianya lebih mengkayakan lagi kaedah dan tidak wujud penyalahan tatabahasa dalam penggunaan bahasa Melayu yang telah meluas dan telah lama digunakan (mungkin boleh dibuat kajian dalam rujukan Melayu lama), hanya berdasarkan kaedah yang masih boleh diperluaskan. Moga Allah memberikan kebaikan kepada pihak tuan. wassalamHukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang telah ditetapkan oleh ahli bahasa. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut atau ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 376 - 377. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.Tatabahasa11.01.2013
Mak Limah menyuruh kami pulang kerana hari sudah .............. A.suntuk B.lewat mana satu yg tepat? ....saya dh rujuk kamus Dewan....dua2 makna lebih kurang..cuma pada pengamatan saya contoh/penerangan condong kepada A.....terima kasih.Kami mencadangkan B. lewat. Hal ini demikian penggunaan "suntuk" biasanya merujuk masa, seperti "Masa sudah suntuk".Makna25.08.2014
Salam sejahtera. Apakah maksud peribahasa "pantang berundur sebelum berjuang"? Terima kasih.Ungkapan "pantang berundur sebelum berjuang" tidak ada dalam senarai peribahasa dalam pangkalan data kami. Pada pengamatan kami ungkapan tersebut lazim diucapkan dalam drama yang berlatarkan cerita zaman dahulu.  Lain-lain22.06.2011
"Assalamualaikum... Boleh saya tau maksud 'ketipang payung'? yang lagu arwah tan sri p.ramlee"Dalam pangkalan data DBP, tidak ada perkataan ‘ketipang’. Ada perkataan ‘ketipung’ iaitu sejenis gendang. Daripada pengamatan kami, terdapat juga pendapat yang menyatakan frasa ini bagi menunjukkan kasih sayang seperti ‘intan payung’.Makna07.05.2014
hemat bermaksud berhati-hati atau berjimat. jadi apa maksud 'pada hemat saya', adakah frasa ini boleh digunakan dalam membina ayat dan karangan pelajar.Selain daripada berhati-hati dan berjimat, hemat juga bermaksud pemerhatian dan pengamatan. Oleh itu, frasa "pada hemat saya" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa01.04.2012
123

Kembali ke atas