Wujudkah perkataan "penganalisaan" atau "penganalisisan" | Istilah yang betul ialah analisis, menganalisis dan penganalisisan. | Ejaan | 11.02.2014 |
Manakah yang betul? Analisa atau Analisis untuk makna perkataan "analyze". Analyzing = menganalisis atau menganalisa. Jadi mana lebih tepat: penganalisisan atau penganalisaan? | Istilah yang betul ialah analisis, menganalisis dan penganalisisan. | Istilah | 26.02.2009 |
Berikut merupakan konklusi saya yang kedua. 1. Datuk Dolhi bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat yang baharu. (a) bercadang untuk menubuhkan (salah) (b) bercadang menubuhkan (betul) Dalam jawapan tuan, apakah maksud penggunaan "bercadang untuk + meN...kan dianggap lewah" ?? 2. Seminar ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar SMK Air Cerah (a) bertujuan meningkatkan (betul) (b) bertujuan untuk meningkatkan (salah) Tolong check adakah penganalisisan saya ini betul. Terima kasih! | Selepas bercadang tidak perlu ditambah perkataan "untuk" kerana tidak memerlukan kata sendi nama. | Makna | 29.04.2014 |
Tuan Salam Sejahtera Dimaklumkan bahawa saya sedang membuat kajian selidik berkenaan dengan hubungan mediation (model mediation) yang melibatkan 2 mediator. Melalui tinjauan literature, sesetangah journal dalam bahasa melayu telah menggunakan terus perkataan "mediation; mediator; model multiple mediation" tanpa translate kepada "pengantara". Boleh saya dapatkan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini. Adakah boleh atau sesuai jika saya menggunakan terus perkataan mediation/mediator dalam karya penulisan saya ? Memandangkan penggunaan perkataan mediation lebih jelas dan senang difahami dalam penganalisisan. Sekian, terima kasih. | Dalam penghasilan jurnal bahasa Melayu, tuan digalakkan menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tiada penggunaan percampuran dengan bahasa lain. Dalam data kami, "mediation" diterjemahkan kepada usaha damai atau pengantaraan manakala mediator ialah pengantara. | Tatabahasa | 29.08.2013 |