assalamualaikum.....saya ingin bertanya kepada pihak tuan tentang masalah pengangguran di negara kita walaupun malaysia telah dikenali sebagai sebuah negara maju..... 1.apakah punca masalah tersebut 2.berikan cara menyelesaikan masalah pengangguran di negara kita... | | Lain-lain | 20.03.2008 |
Tuan/ Puan Apakah bezanya antara Cabaran, halangan dan masalah? Contoh soalan Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini? (Yang manakah berikut merupakan cabaran dan bukan masalah atau halangan?) i. Kekurangan kewangan ii. Rakyat negara yang terlalu memilih pekerjaan iii. Gaji rakyat tempatan yang tinggi iv. Kekurangan pegawai penguatkuasaan v. Kes Jenayah yang meningkat vi. Peningkatan pengangguran rakyat tempatan vii. aliran keluar wang negara terima kasih cikgu tan | Cabaran bermaksud sesuatu unsur/faktor yang menguji kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi, halangan bermaksud gangguan atau rintangan dan masalah bermaksud perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut mesti disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini? Penggunaan perkataan cabaran dalam ayat ini betul kerana kebanjiran pekerja asing merupakan faktor yang menguji kemampuan Malaysia menanganinya. | Tatabahasa | 04.06.2012 |
...... saya nk tnye,apakah maksud 'parti pembangkang' , 'negara' , 'demokrasi' dan 'negara demokrasi' menurut perspektif DBP? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, parti pembangkang ialah parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan. Negara: 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg meng utamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju. Demokrasi: 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di kuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; | Makna | 28.09.2010 |