Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngang.kut] | ڤڠڠکوت

Definisi : 1. orang yg mengangkut; 2. alat utk mengangkut: ~ barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngang.kut] | ڤڠڠکوت

Definisi : 1 orang yg mengangkut. 2 alat utk mengangkut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengangkut

Peribahasa

Kuda pelejang bukit.

Bermaksud :

Orang yang menjadi kakitangan orang lain. (Bandingkan dengan: Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "Non-CAN Lift Truck" boleh diterjemahkan kepada "Trak Pengangkut Bukan-CAN"? Frasa digunakan dalma bidang kejuruteraan. Mohon bantuan DBP. Terima kasih.Berdasarkan rujukan istilah bahasa Melayu, "lift truck" diterjemahkan sebagai trak pengangkat. Sila berikan kata nama penuh bagi akronim CAN kerana CAN tidak wujud dalam daftar kata kami.Makna22.11.2018
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Plastic Extrusions Take-away Conveyors'? Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera. Cadangan kami ialah Pengangkut Penyemperitan Plastik.Penyemakan dan penterjemahan05.02.2016
Assalamualaikum.. izin saya bertanya apakah maksud prasarana: kemudahan asas? Saya telah menerima tema ini sebagai tajuk dalam kerja kursus stpm tahun ini. Adakah contoh prasarana: kemudahan asas di sekolah seperti telefon awam,bilik darjah dan surau? Adakah prasarana ini hanya dikaitkan jalan raya kemudahan elektrik, dan pengangkutan?Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan, atau disebut juga infrastruktur.Tatabahasa18.12.2015
Assalammualaikum, mohon bantuan mengenai perkataan prasarana. Masalahnya ialah kami sedang melaksanakan kerja projek penulisan ilmiah untuk mata pelajaran Pengajian Am peringkat STPM. Tajuk yang diberi sekadar berbentuk tema iaitu, pengangkutan:prasarana. Jadi mohon bantuan menghuraikan cakupan prasarana dalam konteks ini adakah meliputi pengangkutan awam sahaja dan tidak boleh menyentuh pengangkutan peribadi seperti kereta atau motosikal? Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas (seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan sebagainya) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan. Kemudahan asas ialah kemudahan yang disediakan untuk orang awam dan keperluan peribadi tidak termasuk dalam huraian berkenaan.Makna12.04.2013
Apakah masalah dari sedi penggunaan kata dalam ayat-ayat ini: 1. Setiap kelas diminta membina SUDUT bacaan masing-masing. 2. Dia tidak dapat menerima SUDUT pandangannya yang agak keterlaluan itu. Terima KasihSUDUT (KAMUS DEWAN EDISI EMPAT)
1.
penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi;.


Kedua-dua penggunaan perkataan 'sudut' adalah tepat.
Tatabahasa15.10.2012

Kembali ke atas