Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengangkutan awam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business)Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Makna11.08.2008
pengangkutan awam ialah kata majmuk ke? ibu bapa ialah kata majmuk atau merupakan frasa nama seperti pinggan mangkuk?Pengangkutan awam dan pinggan mangkuk ialah kata majmuk, manakala ibu bapa ialah frasa nama.Tatabahasa09.05.2012
Antara berikut, istilah manakah yang paling sesuai untuk merujuk kepada stesen pengangkutan awam ? A. Stesen Bas Ulu Tiram B. Terminal Bas Ulu Tiram C. Perhentian Bas Ulu Tiram D. Hentian Bas Ulu Tiram E. Ulu Tiram Sentral Terima kasih. :)Mengikut Kamus Dewan, (1) stesen ialah bangunan perhentian kereta api atau bas; (2) terminal ialah stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan); (3) perhentian/ (4) hentian ialah tempat berhenti (bas, teksi, dll). Keempat-empat perkataan tersebut boleh merujuk stesen pengangkutan awam, tetapi kelima-lima nama yang tuan berikan tidak boleh merujuk pengangkutan awam kerana bas bukan satu-satunya pengangkutan awam di negara kita.Istilah28.08.2014
Bagaimana pula dengan Ulu Tiram Sentral ? Bolehkah ia dirujuk sebagai stesen pengangkutan awam bas dan teksi di Ulu Tiram?Mengikut Kamus Dewan, sentral boleh merujuk maksud yang menjadi pusat (pejabat-pejabat dan lain-lain), ibu (pejabat dan lain-lain). Maka, daripada makna ini, kita melihat adanya contoh KL Sentral yang bukan sahaja pusat pengangkutan awam juga kedai, restoran, dan pejabat. Dari aspek bahasa, Ulu Tiram Sentral boleh sahaja merujuk sebagai stesen pusat pengangkutan awam(bas dan teksi). Sukacita kami mencadangkan tuan mendapatkan kepastian dengan pihak PBT di tempat tuan sama ada penggunaan ini dibenarkan atau tidak dari aspek undang-undang kerajaan tempatan pula.Makna28.08.2014
rakan sebaya,gejala sosial, pengangkutan awam ialah kata majmuk atau bukan?

Perkataan yang saudara senaraikan itu bukan tergolong dalam kata majmuk. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.  

Istilah08.01.2010
Definisi/maksud pengangkutan awam menurut kamus dewan.Sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Makna04.04.2013
Chin Tsin FRI 17:24 Chin Tsin Chin Admin, Selamat Petang. Blh tanya mcm mana pergi Dwan DBP dgn pengangkutan awam? Terima kasih.Tuan boleh memilih untuk menaiki komuter atau LRT, sila rujuk laman web yang berkaitan untuk maklumat lanjut.Lain-lain30.09.2016
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkhidmatan "e-hailing" seperti Uber dan GrabCar? E-panggilan?Perkhidmatan ‘e-hailing’ diberikan padanan ‘e-panggilan’ yang merujuk pada proses menempah atau memesan kereta, teksi, limosin atau pengangkutan awam lain melalui komputer atau peranti bergerak.Istilah12.09.2017
Assalammualaikum, mohon bantuan mengenai perkataan prasarana. Masalahnya ialah kami sedang melaksanakan kerja projek penulisan ilmiah untuk mata pelajaran Pengajian Am peringkat STPM. Tajuk yang diberi sekadar berbentuk tema iaitu, pengangkutan:prasarana. Jadi mohon bantuan menghuraikan cakupan prasarana dalam konteks ini adakah meliputi pengangkutan awam sahaja dan tidak boleh menyentuh pengangkutan peribadi seperti kereta atau motosikal? Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas (seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan sebagainya) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan. Kemudahan asas ialah kemudahan yang disediakan untuk orang awam dan keperluan peribadi tidak termasuk dalam huraian berkenaan.Makna12.04.2013
Selamat petang. Saya merupakan seorang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang sedang membuat penyelidikan mengenai e-hailing. Penggunaan perkataan e-hailing diguna secara meluas menerusi media massa untuk menjelaskan perkhidmatan tempahan kenderaan secara dalam talian. Saya ingin bertanya adakah e-hailing merupakan istilah rasmi dan boleh diguna pakai dalam penulisan Bahasa Melayu?Perkhidmatan "e-hailing" diberikan padanan "e-panggilan" yang merujuk pada proses menempah atau memesan kereta, teksi, limosin atau pengangkutan awam lain melalui komputer atau peranti bergerak.Istilah30.10.2018
12

Kembali ke atas