Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.nia.ya.an] | ڤڠانياياءن

Definisi : perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.nia.ya.an] | ڤڠانياياءن

Definisi : perbuatan menganiaya; penyeksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganiayaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh ayat: langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalah penganiayaan kanak-kanak. Mana satu jawapan yang betul : langkah yang berkesan atau langkah-langkah yang berkesanJawapan yang betul ialah langkah-langkah yang berkesan.Tatabahasa31.05.2013
Salam sejahtera, Pertanyaan ini mengenai kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Apakah kata pemeri yang betul untuk digunakan sebelum penjodoh bilangan? Sebagai contoh: "Kereta tersebut ialah/adalah sebuah kereta berwarna merah." Contoh kedua, "Ini ialah/adalah satu penganiayaan." Jika dibuang penjodoh bilangannya, sememangnya 'ialah' digunakan. Tapi adakah 'adalah' digunakan jika penjodoh bilangan diletakkan sepertimana jika diletakkan kata sendi sebelum kata nama? Sekian, terima kasih.
Kata pemeri tidak sesuai digunakan sebelum penjodoh bilangan. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. 
Tatabahasa06.10.2015

Kembali ke atas