Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.tar] | ڤڠنتر

Definisi : 1. padangan umum yg ring­kas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 2. sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu penge-tahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pen-didikan di peringkat sekolah menengah; ® hantar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.tar] | ڤڠنتر

Definisi : 1 pandangan umum yg ringkas ttg isi buku, ceramah, dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengantar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi bahasa melayu sebagai bahasa pengantar?Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan dalam sistem persekolahan. Di Malaysia, bahasa pengantar sistem persekolahan ialah bahasa kebangsaan (bahasa Melayu). Semua perkara yang berkaitan dengan aspek pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Melayu kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, kini termasuk Sains dan Matematik.Makna22.01.2007
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pengantar” terletak di bawah kata masukan “antar”. Kata “pengantar” terdapat juga dlm takrifan ke-5 dan ke-6. Ini bermakna KD4 juga menganggap “pengantar” ialah terbitan kata dasar “hantar”. Hal ini diperkukuh apabila adanya terbitan “berpenghantarkan” dan “berpengantarkan”. Maka ada ungkapan ber-penghantar-kan (= ber-pengantar-kan) bahasa ibunda”. Jadi, bolehkah wujud ungkapan “bahasa pengantar”? Jikalau boleh, kedua-dua ungkapan “bahasa penghantar” dan “bahasa pengantar” adalah betul. (?)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (hal.65 dan 510), kedua-dua istilah itu betul dan boleh digunakan.Istilah08.02.2009
1. bahasa pengantar atau bahasa penghantar 2. institut pegajian tinggi atau institusi pengajian tinggi1. Dalam Kamus Dewan penghantar sama maksudnya dengan pengantar, iaitu sesuatu (bahasa) yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Walau bagaimanapun lazimnya frasa bahasa pengantar yang digunakan.
2. Frasa yang betul ialah institusi pengajian tinggi.
Tatabahasa30.10.2012
Apakah perbezaan maksud antara `penghantar` dengan `pengantar' ? adakah kedua-dua perkataan ini daripada kata dasar `hantar`? Bolehkah ` bahasa pengantar` disilih ganti dengan ` bahasa penghantar` dengan mengekalkan maksud asalnya? terima kasih.

1. Penghantar ialah orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar;

 Pengantar ialah padangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 2. sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah;

2. Kata dasar bagi penghantar ialah hantar, manakala pengantar ialah antar.

3. Frasa yang betul ialah bahasa pengantar.

Makna09.12.2009
bagaimanakah perubahan bahasa pengantar iaitu Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu?.Bahasa pengantar sistem persekolahan di Malaysia ialah bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu untuk pendidikan tinggi dan berperanan pula sebagai bahasa kesusasteraan, kesenian, budaya, agama, falsafah, sains dan teknologi. Walau bagaimanapun pekeliling kerajaan tentang Pelaksanaan dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003 memberi cabaran hebat terhadap fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pelaksanaan dasar ini mendapat tentang banyak pihak dan setelah beberapa proses rundingan akhirnya kerajaan bersetuju memansuhkan PPSMI bermula pada tahun 2012. Untuk makluman saudara bahasa pengantar sistem pendidikan tidak pernah berubah dan masih mengekalkan bahasa kebangsaan.  Lain-lain05.06.2011
Dalam kursus pengantar untuk metematik ada menggunakan perkataan "intrinsik".apa maksud penggunaannya..

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, intrinsik didefinisikan sbg sebahagian drpd sifat atau ciri seseorang atau sesuatu: perubahan ~ yg berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg orang Melayu yg terpengaruh dgn budaya; kekreatifan sebahagian besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap, nilai, dan dorongan.

Istilah10.07.2009
-peranan/fungsi bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. -Kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikanUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan.Lain-lain25.09.2012
Salam tuan/puan, Bolehkah tuan/puan bezakan penggunaan istilah ini? 1. bahasa pengantar 2. bahasa perantaraan Terima kasih.Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, seperti ilmu pengetahuan dan sebagainya. Bahasa perantaraan ialah bahasa yang menjadi penghubung antara beberapa pihak yang berkomunikasi.Makna24.10.2014
1.Apakah definisi pahlawan? 2.Apakah definisi bahasa pengantar? 3.Apakah makna luwes?1. Pahlawan bermaksud orang yang gagah dan berani,pejuang yang gagah, perwira 2. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,seperti ilmu pengetahuan dll. 3. Luwes bermakna tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan(dengan keadaan),dapat diubah suaiMakna24.01.2007
apakah cadangan yang baik untuk menjadikan bahasa melayu sebagai pengantar di IPTS? adakah dengan meminda akta IPTS 1996 fasal (1) dan fasal 41 boleh menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS?Untuk mengubah akta adalah di bawah kuasa Parlimen. Oleh sebab soalan sdr menjurus pada akta IPTS, kami mencadangkan sdr menghubungi  jabatan pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 88835944 atau www.mohe.gov.myLain-lain03.03.2008
12345678910

Kembali ke atas