Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.ta.ra] | ڤڠنتارا

Definisi : , perantara orang tengah, peng­hubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.ta.ra] | ڤڠنتارا

Definisi : orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengantara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'pengantara' dengan 'perantara'. Konteks: 'Mediator' yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes (perundangan). Pengantara dan perantara mempunyai maksud yang sama iaitu orang tengah, pendamai, dan pelerai. Malaysia menggunakan istilah  pengantara bagi mediator (yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak atau pihak-pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes perundangan) tetapi Indonesia menggunakan istilah perantara.  Istilah29.04.2011
Salam, Boleh saya tahu perbezaan maksud 'perantara' dan 'pengantara' serta konteks penggunaan kedua-duanya? Terima kasih.
Menurut data kami, perkataan perantara membawa maksud orang tengah, peng­hubung (dalam perundingan dan lain-lain): dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala pengantara bermaksud  1. perihal mengantarai (ber­tindak sebagai orang tengah): dalam pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dari negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain): saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya; 3. = dengan ~ dengan jalan, melalui: kursus itu diberikan dengan ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud hampir sama.
Makna12.08.2018
Bolehkah saya terjemahkan "development of loop-mediated isothermal amplification" kepada pembangunan amplifikasi pengantara-bergelung isoterma?Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pembangunan amplifikasi isoterma berpengantara gelung.Penyemakan dan penterjemahan30.12.2015
Tuan Salam Sejahtera Dimaklumkan bahawa saya sedang membuat kajian selidik berkenaan dengan hubungan mediation (model mediation) yang melibatkan 2 mediator. Melalui tinjauan literature, sesetangah journal dalam bahasa melayu telah menggunakan terus perkataan "mediation; mediator; model multiple mediation" tanpa translate kepada "pengantara". Boleh saya dapatkan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini. Adakah boleh atau sesuai jika saya menggunakan terus perkataan mediation/mediator dalam karya penulisan saya ? Memandangkan penggunaan perkataan mediation lebih jelas dan senang difahami dalam penganalisisan. Sekian, terima kasih.Dalam penghasilan jurnal bahasa Melayu, tuan digalakkan menggunakan bahasa  Melayu yang betul dan tiada penggunaan percampuran dengan bahasa lain. Dalam data kami, "mediation" diterjemahkan kepada usaha damai atau pengantaraan manakala mediator ialah pengantara.Tatabahasa29.08.2013
saya ingin mendapatkan kepastian terhadap kata nama yang sesuai untuk orang yang terlibat sebagai moderator dalam sesi sesi bual bicara. Terima kasih.Lazimnya moderator itu sendiri yang mengendalikan dan mengawal sesi perbincangan ataupun disebut juga pengantara.Istilah05.04.2013
saya ingin menterjemah perkataan FEEDER kepada istilah BM dalam konteks ujian penilaian pemakanan dan penilaian yang dilakukan di hospital. ayat berbunyi FEEDER menggunakan bahasa tubuh badan dan suara yang boleh menarik perhatian kanak-kanakDalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan feeder ialah penghantar, pembekal, penyuap, penghubung, pengantara, pemakan dan penyumbang. Pemilihan perkataan berdasarkan konteks penggunaan.Makna02.07.2020
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang frasa 'serampang dua mata'. Kamus menyatakan ia ada dua makna. Pertama, kiasan yang membawa maksud sesuatu dasar/program yang mempunyai dua matlamat/kepentingan/objektif. Kedua, ia peribahasa yang bermaksud orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan. Terkait maknanya sebagai peribahasa, adakah 'serampang dua mata' digunakan untuk konotasi positif atau negatif? Kerana, apabila membaca takrif iaitu orang yang menyebelahi dua pihak berlawanan, timbul ketaksaan sama ada 'orang' itu pembelot (yakni membeloti kedua-dua pihak, membawa konotasi seorang oportunis) atau pendamai yang memihak kepada kedua-duanya bagi tujuan menjadi pengantara neutral yang bantu mudahkan pencapaian kata sepakat.Makna peribahasa serampang dua mata diberikan dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang anda rujuk. Kebijaksanaan intelektual Melayu sememangnya sangat terserlah dalam peribahasa yang boleh ditafsir pelbagai mengikut kesesuaian konteks penggunaan.  Namun, serampang dua mata bukan pembelot kerana pembelot merujuk pada orang yang lari lalu memihak kepada pihak musuh, bukannya memihak kepada kedua-dua pihak yang berlawanan. Makna05.01.2019

Kembali ke atas