Apakah perbezaan antara 'pengantara' dengan 'perantara'. Konteks: 'Mediator' yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes (perundangan). | Pengantara dan perantara mempunyai maksud yang sama iaitu orang tengah, pendamai, dan pelerai. Malaysia menggunakan istilah pengantara bagi mediator (yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak atau pihak-pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes perundangan) tetapi Indonesia menggunakan istilah perantara. | Istilah | 29.04.2011 |
Salam, Boleh saya tahu perbezaan maksud 'perantara' dan 'pengantara' serta konteks penggunaan kedua-duanya? Terima kasih. | Menurut data kami, perkataan perantara membawa maksud orang tengah, pengÂhubung (dalam perundingan dan lain-lain): dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala pengantara bermaksud 1. perihal mengantarai (berÂtindak sebagai orang tengah): dalam pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dari negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain): saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya; 3. = dengan ~ dengan jalan, melalui: kursus itu diberikan dengan ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud hampir sama. | Makna | 12.08.2018 |