Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.ta.ra.an] | ڤڠنتاراءن

Definisi : tindakan mengantarai (men­jadi orang tengah): pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok Penghulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.ta.ra.an] | ڤڠنتاراءن

Definisi : perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengantaraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar

Sila rujuk bahan ini :

1. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan Asean dan masyarakatserumpun | Ungku Zaman Mohd Tahir | Jurnal Dewan Bahasa | 01/12/1992

Lain-lain02.02.2008
Tuan/Puan, Apakah terjemahan Bahasa Malaysia yang sesuai bagi "Capitalisation of Weapons Systems"? Terma tersebut digunakan untuk ayat berikut: "Pengasasan semula KDNK telah mengambil kira saranan Sistem Akaun Negara 2008 (2008 SNA) iaitu menambah baik penyusunan Perkhidmatan Pengantaraan Kewangan Yang Diukur Secara Tidak Langsung (FISIM) serta Capitalisation of Weapons Systems dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)." Sekian, terima kasih. Rafliza Ramli Kementerian Kewangan Malaysia.Capitalisation ialah permodalan. Kami cadangkan Capitalisation of Weapons Systems diterjemahkan kepada Permodalan Sistem Senjata, jika terjemahan tersebut sesuai dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa31.07.2012
Tuan Salam Sejahtera Dimaklumkan bahawa saya sedang membuat kajian selidik berkenaan dengan hubungan mediation (model mediation) yang melibatkan 2 mediator. Melalui tinjauan literature, sesetangah journal dalam bahasa melayu telah menggunakan terus perkataan "mediation; mediator; model multiple mediation" tanpa translate kepada "pengantara". Boleh saya dapatkan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini. Adakah boleh atau sesuai jika saya menggunakan terus perkataan mediation/mediator dalam karya penulisan saya ? Memandangkan penggunaan perkataan mediation lebih jelas dan senang difahami dalam penganalisisan. Sekian, terima kasih.Dalam penghasilan jurnal bahasa Melayu, tuan digalakkan menggunakan bahasa  Melayu yang betul dan tiada penggunaan percampuran dengan bahasa lain. Dalam data kami, "mediation" diterjemahkan kepada usaha damai atau pengantaraan manakala mediator ialah pengantara.Tatabahasa29.08.2013

Kembali ke atas