Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-Pengarah | Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-Pengarah | Tatabahasa | 10.09.2008 |
Yang mana satu ditulis dan disebut dengan betul : Pengarah-pengarah negeri atau Pengarah Negeri-negeri atau Pengarah Negeri - Pengarah Negeri ? | Ejaan dan sebutan yang betul, ialah Pengarah-pengarah Negeri. | Ejaan | 13.01.2011 |
bagaimanakah cara menulis atau penggunaan tanda / yang betul, dijarakkan atau tidak? Sebagai contoh: 1. Pengarah/Tinbalan Pengarah/Ketua Bahagian 2. Pengarah / Timbalan Pengarah / Ketua Bahagian | Tidak perlu dijarakkan. Contoh dalam penulisan: Pengarah/Timbalan Pengarah/Ketua Bahagian. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Bagi membezakan Nama Pejabat Keselamatan adakah sesuai nama seperti berikut:- Pejabat:- -Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. -Pejabat Sekuriti. Jawatan:- -Pengarah Keselamatan. -Pengarah Sekuriti. | Frasa Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Pejabat Sekuriti, Pengarah Keselamatan dan Pengarah Sekuriti kesemuanya betul. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
maksud fungsi dlm bahasa melayu | Saudara, Makna fungsi ialah 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan. | Makna | 03.07.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mohon semakan bagi kenyataan yang tepat seperti berikut: i. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti;atau ii. Ahli Lembaga Pengarah - Ahli Lembaga Pengarah Universiti. Terima kasih. | Wassalam, Perkataan yang betul Ahli-ahli Lembaga Pengarah | Lain-lain | 15.05.2018 |
manakah yg lebih sesuai_ nama jawatan penolong kanan pengarah, Unit... atau penolong pengarah kanan, Unit... penolong kanan setiausaha kerajaan atau penolong setiausaha kerajaan kanan | Sdr. Zahari, mengikut fahaman saya penolong kanan pengarah dan penolong kanan setiausaha kerajaan..... adalah lebih tepat kerana ia merujuk tugas yang dilaksanakan oleh penolong kanan itu sebagai penolong atau pembantu Terima kasih. | Tatabahasa | 02.12.2007 |
Huraian “Circular Resolution” ialah didalam mendapatkan kelulusan dari Ahli Lembaga Pengarah dimana resolusi diatas sesuatu perkara diedarkan untuk persetujuan lembaga Pengarah. Ini dilakukan dimana mesyuarat lembaga pengarah tidak dapat diadakan dan keputusan lembaga pengarah diperlukan. Mohon pencerahan bagi istilah penggunaan di dalam Bahasa Melayu bagi Circular Resolution. Terima kasih. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, kami berpendapat istilah bahasa Melayu yang sesuai ialah usul edaran. | Istilah | 30.05.2016 |
1) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah | Ejaan yang betul ialah Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. | Ejaan | 06.06.2012 |
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic | 1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti. 2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti. 3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti. 4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan 6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti. 7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya 8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti. 10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan | Makna | 22.06.2008 |