SIAPAKAH PENGARANG-PENGARANG MELAYU PADA ABAD KE 20 DAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEMIOTIK | Semiotik ialah satu kajian tentang tanda. Berdasarkan kajian semiotik terdapat tiga jenis tanda yang asas, iaitu ikon, indeks dan simbol. Saudara/saudari boleh merujuk buku-buku yang membincangkan teori-teori dalam kajian sastera. Untuk mengetahui tentang pengarang-pengarang abad ke-20, saudara/saudari boleh merujuk buku "Wajah: Biografi Penulis", terbitan DBP. | Lain-lain | 26.01.2008 |
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. TERIMA KASIH. | Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.11.2012 |
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. SERTA TAHUN TERBITNYA KAMUS-KAMUS TERSEBUT. | Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.11.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan pengarang dan kepengarangan "pak sako"??serta contoh dan rujukannya. | Maksud pengarang ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya). Kepengarangan pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). Antara karya-karya (novel) penting Pak Sako ialah Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Sidang Serangga. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 13.07.2009 |
saya ingin bertanya adakah pihak anda mempunyai biografi pengarang seperti Jamilah Haji Ahmad? jika ada, bagaimanakah saya boleh mendapatkannya? kerana saya telah pun cuba untuk mebaca buku Wajah yang merupakan himpunan biodata pengarang yang diterbitkan oleh DBP. namun pengarang seperti Jamilah Haji Ahmad tidak tersenarai dalam buku tersebut. Oleh itu, jika pihak anda mempunyainya, bolehkah saya mendapatkan biodata Jamilah Haji Ahmad tersebut melalui e-mail? Kerana saya memerlukannya untuk keperluan kerja kursus iaitu mencari tokoh dalam bidang filologi. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai. Sekian. | Untuk pengetahuan saudara/saudari, Jamilah Haji Ahmad ialah seorang mantan pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk rujukan biografinyanya secara ringkas, boleh didapati dalam buku Sejarah Kesusasteraan Tradisional terbitan DBP. Untuk memudahkan urusan saudara/saudari boleh juga berhubung terus dengan beliau di no telefon seperti yang berikut, iaitu 03-87366437 | Lain-lain | 21.02.2008 |
nama pengarang novel Tingkatan 3 panas salju ialah Talib Samad atau Talib Samat? | Untuk makluman saudara, penulis novel Panas Salju yang sebenar ialah Talib Samat | Lain-lain | 28.06.2010 |
Saudara Pengarang, saya menghadapi masalah tentang penggunaan perkataan2 berikut: mencabuli: dan memperoleh Dalam ayat2 berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa: Orang asing itu mencabuli kehormatan gadis itu. Orangasing itu mencabul kehormatan gadis itu. Dia telah memperoleh buku itu daripada Perpustakaan. Sila beri satu contoh ayat untuk menggunakan perkataan "memperolehi" Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka berterusan. Adakah ayat di atas betul? Sekian, terima kasih. Peter Johnson | Ayat yang betul ialah i. Orang asing itu mencabul kehormatan gadis itu. ii. Dia telah memperoleh(daripada beroleh, tidak ada bentuk perolehi) buku itu daripada perpustakaan. iii. Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka secara berterusan. | Tatabahasa | 12.05.2008 |
Mengapakah terjadinya penciplakan intertekstualiti dalam pembikinan hasil karya tempatan dan bagaimanakah cara untuk menanganinya? | Ciplak secara ringkasnya mengambil karya orang secara sepenuhnya dan memasukkan ke dalam karya kita. Justeru, ciplak salah di sisi undang-undang. Akan tetapi, intertekstualiti bukan ciplak. Ia merupakan pengolahan dan penyesuaian yang kreatif oleh seseorang pengarang pada karyanya. Dalam erti kata lain, sebuah teks menghasilkan teks yang lain. Ini biasa berlaku. Jika saudara memahami intertekstualiti dengan baik dan menguasai hipogram, maka saudara akan lihat betapa banyaknya karya merupakan intertekstualiti. Sejarah Melayu misalnya merupakan intertekstulaiti daripada Hikayat raja-raja Pasai. Demikian juga dengan sejumlah besar karya Shahnon Ahmad, merupakan intertetestulaliti daripada pengarang-pengarang yang lain. Oleh sebab itu, pengaruh bacaan seseorang pengarang pada karya-karya lain tidak dapat dielakkan yang kemudiannya menghasilkan intertekstualiti. | Lain-lain | 21.04.2007 |
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya? | Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat Islam | Lain-lain | 16.05.2007 |
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut: Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008. Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf. | Lain-lain | 31.07.2010 |