| saya ingin bertanya samada kita boleh menggunakan perkataan "Pengarkiban" untuk nama sesuatu jawatankuasa. Sebagai contoh.. Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Pengarkiban kuala lumpur. Saya tidak berapa faham maksud pengarkiban. Terimakasih | Pengarkiban ialah padanan archiving dalam bahasa Melayu, iaitu proses atau perihal mengarkibkan. Satu lagi bentuk kata yang wujud ialah kearkiban yang bermaksud segala yang berkaitan dengan fungsi (kegiatan atau urusan) arkib. Melihat kepada fungsi dan konteks penggunaan itu, kami mencadangkan perkataan kearkiban yang digunakan menjadi Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Kearkiban kuala lumpur. | Tatabahasa | 12.11.2014 |