Perkataan menambahkan merupakan kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan untuk menghasilkan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Antara maksud tersebut ialah:
i. Maksud membuat sesuatu yang terkadung dalam kata kerja dasar
ii. Maksud kausatif atau menyebabkan
iii. Maksud benefaktif atau manfaat
Perkataan ditambahkan pula ialah bentuk pasif bagi perkataan menambahkan. Manakala dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan ditambah ialah awalan di- yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contoh dalam ayat, Surat itu ditulis oleh adik saya.
Thanks for clicking. That felt good.