apakah perkataan yang membawa maksud situasi pengasingan berpihak atau pertentangan kecenderungan, kepentingan dan perbezaan matlamat sesuatu kumpulan. Jawapan : _ _ K _ R _ S A S i | Untuk makluman tuan, perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP untuk membantu menjawab peraduan teka silang kata. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Assalamualaikum. Wujudkah istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah Bahasa Inggeris ini yang merujuk kepada proses pengasingan komponen2 darah: "Apheresis"? Sumber lain: http://en.wikipedia.org/wiki/Apheresis Terima kasih. | Padanan apheresis dalam bahasa Melayu ialah aferesis. | Istilah | 12.07.2012 |
Terjemahan untuk "Client Segregation Account" | Padanan Client Segregation Account dalam bahasa Melayu ialah akaun pengasingan klien. | Istilah | 13.05.2009 |
Salam Sejahtera, 1. Apa perbezaan 'pengelasan' dan 'pengkelasan'. 2. Di mana / ayat yang bagaimana sesuai untuk digunakan bagi kedua-dua perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll.) Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe... dan an... menjadi pengelasan. 2. Perkataan yang betul dan gramatis ialah pengelasan. | Tatabahasa | 03.01.2012 |
apakah definisi menjana wang? | Saudara, Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk menjanakan (kuasa dll): alat ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia. Oleh yang demikian, menjana wang bermaksud bermaksud menghasilkan wang. | | | |
| Makna | 13.10.2010 |