Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal (proses atau per­buatan) mengawal selia: akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yg menjalankan perniagaan bank; ~ mutu program francais juga diragui; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengawalseliaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bolehkah "Stock Exchange Regulatory Authority" diterjemahkan sebagai "Jawatankuasa Pengawalseliaan Bursa Saham"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Cadangan terjemahan tersebut boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan16.01.2018
1)tadbir 2)kawal selia1)mentadbir 2)mengawal selia/pengawalseliaanIstilah19.01.2011
Bolehkah perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" diterjemahkan kepada "Ketua Pegawai Regulatori"? Pihak kami menggunakan padanan terjemahan "Kawal Selia" atau "Pengawalseliaan" selama ini untuk perkataan "Regulatory" atau "Regulation".Terjemahan yang sesuai bagi perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" ialah Ketua Pegawai Kawal SeliaMakna03.03.2017
Assalamualaikum 1. Apakah perbezaan makna afektif, emosi dan perasaan? 2. Apakah konteks ayat/situasi yang tepat untuk penggunaan ketiga-tiga perkataan tersebut? 3. Adakah huruf b pada kata barat yang merujuk lokasi negara barat perlu ditulis huruf besar? Manakala barat yang merujuk arah mata angin ditulis huruf kecil? 4. Adakah betul istilah ini dalam bahasa Melayu: a. Kereaktifan positif bagi merujuk istilah extraversion/surgency? b. Afektif negatif bagi merujuk istilah negative affect? c. Pengawalseliaan bagi merujuk istilah effortful control? 5. Apakah yang dimaksudkan dengan temperamen (temperament)? Terima kasihPuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari.

Selain itu, puan boleh melayari Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) yang terdapat dalam Laman Web DBP dan membuat semakan judul atau subjek bahan yang diperlukan.

Sekiranya ada bahan yang boleh membantu, puan boleh mendaftar di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Podium Menara DBP sebagai ahli Rakan Dewan.

Setelah mendaftar puan boleh membuat rujukan bahan-bahan yang diperlukan. Kadar yuran keahlian ialah RM30 untuk setahun, RM30 untuk 2 tahun dan RM35 untuk keahlian 3 tahun. Waktu perkhidmatan ialah setiap hari Isnin - Khamis (8.30 pagi - 4.45 petang) dan pada hari Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari/2.45 petang - 4.45 petang).

Terima kasih kerana berhubung dengan kami.
Sastera30.05.2017
Assalamualaikum...salam sejahtera... Saya nak bertanya...perbezaan ejaan saidina dengan saiyidina...contoh...saidina ali. Soalan 2 Maksud mengawal selia... Maksud mengawasi.... Terima kasih.Alaikumussalam.
Ejaan yang tepat ialah "sayidina"

Mengawal selia berasal daripada perkataan kawal selia yang bermaksud: tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan.

Mengawasi pula bermaksud: memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat;
Ejaan11.11.2014

Kembali ke atas