(1) kanak-kanak bermain di bawah pengawasan ibu bapa atau (2) kanak-kanak bermain di taman permainan bawah pengawasan ibu bapa. Manakah ayat lebih gramatis atau betul tatabahasa? | Ayat yang gramatis, kanak-kanak bermain di taman permainan di bawah pengawasan ibu bapa. | Tatabahasa | 03.01.2023 |
Ayat A - Pihak tuan hendaklah menyediakan Buku Rekod Pengawasan disetiap pusat peperiksaan bawah pengendalian tuan. Ayat B - Pihak tuan hendaklah menyediakan Buku Rekod Pengawasan disetiap pusat peperiksaan di bawah pengendalian tuan. Ayat mana yang betul? Perlukah ayat ini diperbaiki? Kalau perlu, bagaimana? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Pihak tuan hendaklah menyediakan Buku Rekod Pengawasan di setiap pusat peperiksaan di bawah pengendalian tuan. (frasa disetiap hendaklah dijarakkan = di setiap). | Tatabahasa | 12.01.2010 |
Terjemahan untuk "surveillance audit" ialah "audit pengawasan" atau "audit pemantauan"? Untuk makluman, ini berkaitan dengan audit ISO. | Padanan terjemahan bagi "surveillance audit" dalam bahasa Melayu ialah audit pengawasan. | Istilah | 25.10.2013 |
As salam & Salam Sejahtera, Saya memerlukan translation dari bi-bm berkenaan dengan perkataan 'security and safety'. Adakah tepat jika saya menggunakan keselamatan dan pengawasan? Pertolongan daripada pihak anda amatlah saya hargai. Terima kasih. | Security dan safety dalam bahasa Melayu diberi padanan yang sama. Kami bersetuju dengan cadangan tuan, hanya diubah suai sedikit menjadi "Pengawasan dan Keselamatan" kerana pengawasan sebahagian daripada langkah kawalan keselamatan. | Lain-lain | 02.09.2019 |
Saya ingin bertanya tentang terjemahan satu kerangka teori dalam bidang psikologi di mana dalam bahasa Inggeris ialah "Precaution Adoption Process Model". Adakah sesuai jika saya terjemah dalam bahasa Melayu kepada "Model Proses Adopsi Pengawasan"? | Kami mencadangkan Precaution Adoption Process Model diterjemahkan kepada Model Proses Penerimagunaan Pengawasan dan dalam penulisan singkatan PAPM boleh disertakan, seperti Model Proses Penerimagunaan Pengawasan (PAPM). | Penyemakan dan penterjemahan | 17.07.2023 |
mohon untuk disemak susun ayat berikut: Program pengawasan komuniti wajar dipupuk demi keselamatan masyarakat setempat | Susun atur ayat tersebut tidak ada kesalahan dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.06.2016 |
definisi penyeliaan | Makna penyeliaan ialah perbuatan menyelia, pengawasan. | Makna | 20.08.2009 |
Mohon bantuan betulkah ayat ini. Mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek. ayat ini saya gunakan untuk senarai tugas kerja. mohon bantuan. terima kasih | Tuan/puan boleh menyediakan senarai tugas seperti yang berikut: 1. Mengawas tapak projek 2. Menyelia kerja pembinaan di tapak projek / tapak bina Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 06.06.2017 |
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya. | PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKET Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya. | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Jelaskan perbezaan antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan. | Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan,; pemuliharaan, pengawasan. Kata terbitan lain daripada 'selenggara' ialah menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggara. Tiada kata terbitan 'penyenggaraan'. | Makna | 29.03.2008 |