Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.bo.man] | ڤڠبومن

Definisi : perihal (tindakan) mengebom: Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengeboman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan apitan kata nama:penge-...an, per-..-an dan apitan me-..-kanApitan peng-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-...-an apabila bergabung dengan semua kata dasar yang bergabung itu berawalkan huruf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan, contohnya satu menjadi persatuan. Apitan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja, contohnya main menjadi memainkan dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 70, 124-129 untuk memahaminya dengan lebih lanjut.Tatabahasa10.06.2009
Saya ingin menyemak yang mana satukah penggunaan istilah yang paling tepat untuk proses mengira dan menghantar bil kepada pengguna sesuatu perkhidmatan. Adakah 'pengebilan' atau 'pembilan'? Adakah maksud kedua-dua istilah ini berbeza? Jika ya, bagaimana ianya berbeza dan bila sesuai digunakan dalam bentuk ayat atau dalam menerangkan proses mengira bil sesuatu perkhidmatan?
Apitan peng-...-an bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah pengebilan. 

Tatabahasa18.01.2021

Kembali ke atas