Soalan (19/5/2016) - Kami ingin memaparkan nama aktiviti (business nature) pada dinding hadapan bangunan pengedar-pengedar kami. Akan tetapi terdapat kemusykilan sama ada Wakil Jualan atau Pusat Jualan merupakan terma yang betul untuk digunakan. Adakah menjadi kesalahan dari segi undang-undang sekiranya pihak kami ingin menggunakan "Pusat Jualan" dan menyeragamkan terma ini untuk semua pengedar kereta kami diseluruh malaysia? Jawapan: Keterangan "PUSAT JUALAN" boleh digunakan untuk mana-mana ibu pejabat dan cawangan. ------------------------------------------------------------------- Merujuk Kepada jawapan di atas: Pusat Jualan - Ibu Pejabat dan cawangan Wakil Jualan - Pengedar Adakah kenyataan saya di atas tepat? Atau untuk pengedar , boleh juga menggunakan pusat jualan? | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 31.05.2016 |
Salam Sejahtera , Ingin minta bantuan dapatkan ejaan jawi untuk : 1) PENGEDAR TRAK BAHARU 2) PENGEDAR KERETA | Ejaan Jawi bagi PENGEDAR TRAK BAHARU ialah ڤڠيدر ترک بهارو Ejaan Jawi bagi PENGEDAR KERETA ialah ڤڠيدر کريتا | Ejaan | 22.09.2021 |
pengedar cat dulux | Untuk pengesahan iklan sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/
| Lain-lain | 16.06.2017 |
pengedar alat-alat ganti mesin | pengedar alat ganti mesin | Tatabahasa | 15.12.2008 |
PENGEDAR ALAT GANTI KERETA (VICTRON AUTO SERVICES) | PENGEDAR ALAT GANTI KERETA | Lain-lain | 30.09.2010 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa jawi PENGEDAR BAHAN-BAHAN BINAAN | 1. Rangkai kata yang betul ialah PENGEDAR BAHAN BINAAN 2. [pe.ngé.dar] ڤڠيدر 3. [ba.han] | باهن 4. [bi.na.an] | بيناءن | Lain-lain | 17.12.2019 |
Syarikat saya mahu membuat papan iklan di pejabat saya. Saya mahu pastikan ejaan dan tatabahasa yang betul. Pihak tuan tolong nasihatkan kami untuk: "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" Kerjasama pihak tuan sangat sangat di harapkan. terima kasih. | Ejaan dan tatabahasa bagi frasa "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" betul. Bagi digunakan pada papan iklan pejabat, ejaan yang tepat ialah Pembungkus dan Pengedar Serbuk Makanan Kering" . | Lain-lain | 29.08.2013 |
Pilih ayat yang betul 1. Hulu keris itu bersadurkan perak. 2. Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu. | Ayat yang betul ialah ayat 1: Hulu keris itu bersadurkan perak. Ayat 2 salah dan yang betulnya ialah Hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada pengedar dadah itu. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi PENGEDAR PAM AIR | Salam sejahtera, Berikut disertakan perkataan tersebut dalam tulisan jawi. Sekiranya tuan/puan ingin mencari perkataan dalam tulisan jawi mengikut standard DBP yang betul, bolehlah melayari prpm.dbp.gov.my. [pe.ngé.dar]|ڤڠيدر [pam] |ڤم | Ejaan | 20.12.2019 |
apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'downline' (ahli yang ditaja di bawah seseorang pengedar) yang biasa digunakan dalam industri MLM? | Cadangan padanan perkataan "Downline" dalam bahasa Melayu ialah Ahli Bawahan atau Rangkaian Bawahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.05.2018 |