Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengeja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah sebab ramai orang eja salah pada perkataan kuetiau?

Salah satu cara pembentukan kata bahasa Melayu adalah melalui penyerapan kata pinjaman. Perkataan kuetiau berasal dari China. Proses penyerapan kata pinjaman dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Penyerapan kata asing ke dalam bahasa Melayu sama ada mengambil keseluruhan bentuk kata atau dengan penyesuaian ejaan dan sebutan. Huruf dilafazkan menurut bunyinya dalam bahasa Melayu.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kesalahan ejaan untuk sesuatu perkataan. Kesalahan ejaan pada perkataan kuetiau lazimnya kerana pengeja cenderung mengeja perkataan tersebut mengikut sebutan yang lazim didengar dan digunakan dalam kehidupan seharian.  Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan adalah betul.

Lain-lain26.05.2023

Kembali ke atas