Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngé.ja.an] | ڤڠيجاءن

Definisi : perihal mengeja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengejaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengejaan kata “kerosakkan” atau “kerosakan”

Ejaan yang betul ialah “kerosakan”.

Ejaan10.06.2024
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat?1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan.  2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. Ejaan18.06.2008
Apakah cara pengejaan kependekan kata “kau” jika digunakan dalam ayat, sama ada kausapu atau kau sapu?Pengejaan yang betul bagi kependekan perkataan tersebut ialah kausapu ...Tatabahasa29.10.2018
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai kaedah pengejaan diftong [ei] (taling) dalam tulisan Jawi yang digunakan oleh DBP. Berdasarkan penelitian saya, terdapat ketidakseragaman dalam pengejaan diftong [ei] dengan sekurang-kurangnya empat cara berbeza: # 1. Ya sahaja: - kaleidoskop: کاليدوسکوڤ - kempeitai: کيمڤيتاي - gay: ݢي (KDP 2020) # 2. Ya + Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - gay: ݢيئي (PRPM terkini) - aparteid: اڤرتيئيد - teisme: تيئيسمى # 3. Ya + Ya: - kafein: کافيين - esei: ايسيي # 4. Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - Kei: کئي Justeru, saya ingin mengetahui **apakah kaedah atau prinsip yang digunakan pihak DBP untuk menentukan cara pengejaan yang sesuai bagi setiap perkataan yang mengandungi diftong [ei]?** Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera tuan/puan. Secara asasnya, bunyi [ei] tidak tergolong sebagai diftong bahasa Melayu. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, huruf diftong terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu:

[ai], [au], dan [oi]

Bunyi [ei] merupakan gabungan vokal yang lazimnya muncul dalam kata pinjaman, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Oleh itu, kaedah pengejaannya dalam tulisan Jawi tidak tertakluk kepada pola diftong bahasa Melayu dalam tulisan Rumi. Bagi tujuan penyeragaman ejaan gabungan vokal [ei], huruf ي digunakan sebagaimana yang terdapat dalam beberapa contoh ejaan dalam KDP 2020 yang tuan/puan nyatakan. Pada masa yang sama, DBP sedang giat mengemas kini dan menyeragamkan ejaan Jawi, termasuk membetulkan bentuk ejaan yang dikenal pasti mempunyai kesilapan teknikal.

Ejaan11.08.2025
Salam sejahtera kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekalian, saya hendak bertanya soalan mengenai perihal perbezaan pengejaan huruf-huruf dalam abjad ABC bahasa Melayu. Mengapakah pengejaan huruf-huruf dalam abjad ABC bahasa Melayu kurang konsisten? Saya mendapati bahawa ada beberapa huruf yang dieja tanpa mengikut sebutannya sendiri seperti huruf "G" dieja sebagai huruf "J", huruf "C" dieja sebagai huruf "S" dan lain-lain. Adakah faktornya disebabkan oleh pengambilan secara terus daripada pengejaan huruf-huruf dalam abjad ABC bahasa Inggeris? Mohon pihak DBP memberikan pernyataan yang jelas dan lengkap. Sekian, terima kasih.

Maklumat lanjut berhubung dengan tatacara ejaan bahasa Melayu yang betul boleh dirujuk melalui capaian https://eseminar.dbp.gov.my/dokumen/ejaan.pdf 

Ejaan30.06.2025
Tolong jelaskan cara pengejaan klitik "kau". adakah semua klitik 'kau' dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinyaKata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.Lain-lain23.02.2010
Adakah DBP mempunyai pedoman pengejaan istilah berakhiran -phobia, -phobe, -philia dan -phile yang diserap masuk bahasa Melayu? Contohnya astraphobia menjadi astrafobia, xenophilia menjadi xenofilia, Islamophobe menjadi Islamofob (atau Islamofobiawan?) dan pedophile menjadi pedofil (atau pedofiliawan)? Terima kasih didahulukan.Penulisan kata serapan mempunyai kaedah tertentu seperti yang terkandung dalam Pedoman Ejaan Umum Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Antara lain, ph akan menjadi f, maka Islamophobia akan menjadi Islamofobia,  astraphobia  akan menjadi  astrafobia,  pedophilia akan menjadi pedofilia. Ejaan19.04.2019
Bagaimana kita nak pastikan pengejaan kata majmuk itu dilakukan secara berjauhan atau berdekatan. Adakah kata kunci khusus yang boleh kita jadikan panduan.Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya.Tatabahasa10.02.2009
Boleh saya mohon pengesahan untuk pengejaan berikut: 1. kadangkala atau kadang kala 2. adakala atau ada kala 3. adakalanya atau ada kalanya -liyanaEjaan yang betul ialah:
1. kadangkala
2. adakala
3. ada kalanya 
Ejaan01.01.2021
Salam. Harap pihak tuan/puan dapat mengesahkan pengejaan perkataan di bawah: - BUDIBICARA / BUDI BICARA - BERTANGGUNGJAWAB / BERTANGGUNG JAWAB - WARGANEGARA / WARGA NEGARA - TATASUSILA / TATA SUSILA - BERPUASHATI / BERPUAS HATI Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul : budi bicara; bertanggungjawab; warganegara; tatasusila; berpuas hati.Ejaan13.11.2009
1234

Kembali ke atas