Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISME | Oraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma. | Makna | 11.08.2009 |
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin menggunakan tajuk berikut sebagai tajuk tesis Phd saya dan mohon bantuan semakan pihak tuan. PELESTARIAN PATRIOTISME | Mengikut Kamus Dewan, pelestarian ialah perlindungan daripada kemusnahan, manakala patriotisme pula ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Maka, secara literalnya, pelestarian patriotisme ialah pengekalan perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Namun, frasa PELESTARIAN PATRIOTISME bukan sahaja terlalu pendek untuk tajuk tesis, malah konsep tidak jelas. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2017 |
Mohon pihak DBP dapat memberikan istilah yang tepat bagi wealth creation, wealth protection dan juga wealth preservation. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk wealth creation, wealth protection dan wealth preservation. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. wealth - kekayaan 2. creation - ciptaan/penciptaan 3. protection - perlindungan 4. preservation - pengekalan/pemuliharaan Tuan boleh pilih perkataan yang sesuai dengan konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 05.03.2014 |
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin menggunakan tajuk berikut sebagai tajuk tesis Phd saya dan mohon bantuan semakan pihak tuan. PELESTARIAN PATRIOTISME SISWA GURU PENDIDIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TERHADAP PELAJAR SEKOLAH RENDAH | Frasa SISWA, GURU DAN PENDIDIK merujuk pada tiga individu yang berbeza? Apakah yang tuan maksudkan dengan SISWA GURU PENDIDIK? Di samping itu, apakah yang dimaksudkan dengan PELESTARIAN? Mengikut Kamus Dewan, pelestarian ialah perlindungan daripada kemusnahan. Maka daripada tajuk yang diberikan, apakah maksud perlindungan/ pengekalan patriotisme pendidik IPG terhadap pelajar sekolah? Tajuk anda sangat mengelirukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.02.2017 |