Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ko.dan] | ڤڠکودن

Definisi : perbuatan (kerja, proses) me­ngekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengekodan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pengekodan perkamusanTiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula.Lain-lain17.10.2012
konsep / difinisi penstandardan dan kebakuan bahasaDalam bidang ilmu bahasa variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa baku ialah bahasa yang telah mengalami proses pengekodan,yang diterima oleh rakyat dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat.  Lain-lain04.04.2008
1.kenapa bahasa melayu dipilih sebagai bahasa bahasa kebangsaan? 2.apakah fungsi bahasa kebangsaan? 3.konsep bahasa baku?1. bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana sejak dari sejarah awal penubuhan kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu seperti Kerajaan Bruas,  Kesultanan Melayu Melaka, Johor Riau - Lingga dan lain-lain merupakan kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, perdagangan, istitusi pendidikan dan hubungan luar. Pada zaman penjajahan British, Belanda dan Jepun, bahasa Melayu  digunakan sebagai bahasa komunikasi masyarakat, termasuklah juga orang bukan Melayu. Perjuangan politik penduduk Tanah Melayu pada masa penjajahan adalah berlandaskan bahasa Melayu sehinggalah tercapainya kemerdekaan daripada British. Selepas merdeka, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah. 1. bahasa baku ialah variasi bahasa yang dipilih dan diterima oleh anggota masayarakat untuk digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa ini telah mengalami proses pengekodanMakna27.03.2008
penggunaan perkataan "dari" dan "di terapkan" dalam ayat berikut: Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu "dari" 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan bintang (star rating) 5 dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S "di terapkan" di Kementerian Luar Negeri. Penggunaan yang betul perkataan "mencakup", "mempraktikkan" dan "dipraktikkan". Ayat tersebut seperti berikut: Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum juga, Amalan 5S ini "mencakup" konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi jabatan/bahagian yang belum lagi "mempraktikkan" amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu Bahagian ini ingin menyarankan agar wakil di hantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat "dipraktikkan" di Jabatan/bahagian lain. Perkataan "koding". Ayat: Sistem "koding" dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang "dipraktikkan di Stro Utama. Sistem "koding" berwarna yang memudahkan penyusunan strok supaya selaras dengan kehendak Pekeliling berkaitan.

Penggunaan yang betul ialah:

1. Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu daripada 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan lima bintang (star rating) daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S diterapkan di Kementerian Luar Negeri.

2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Amalan 5S ini mencakupi konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi bahagian/jabatan yang belum lagi mempraktikkan amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu, kami menyarankan agar wakil setiap bahagian/jabatan dihantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat dipraktikkan di bahagian/jabatan masing-masing.

3. Sistem pengekodan dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang dipraktikkan di Stor Utama. Sistem pengekodan berwarna yang memudahkan penyusunan stor selaras dengan peraturan dalam Pekeliling yang berkaitan.

Tatabahasa31.03.2011

Kembali ke atas