Salam Sejahtera, 1. Apa perbezaan 'pengelasan' dan 'pengkelasan'. 2. Di mana / ayat yang bagaimana sesuai untuk digunakan bagi kedua-dua perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll.) Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe... dan an... menjadi pengelasan. 2. Perkataan yang betul dan gramatis ialah pengelasan. | Tatabahasa | 03.01.2012 |
Assalamualaikum. Saya mohon jasa baik tuan/puan untuk menyemak pengelasan kata kerja yang saya telah lakukan ini. Terima kasih atas bantuan. | Dokumen yang saudara sertakan perlu diteliti satu per satu. Berdasrkan semakan kami, pengelasan kata kerja dalam baris pertama betul kerana kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif bergantung pada kata kerja yang mengikutinya. Pengelasan kata kerja dalam baris kedua tidak tepat kerana kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif. Oleh itu, untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 194. Begitu juga untuk pengelasan kata kerja yang seterusnya hingga halaman kelima, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan teliti setiap aspek di bawah Pembentukan Kata Kerja. Jika terdapat kekeliruan dalam penerangan di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja tersebut, sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 18.03.2012 |
Mana satu yang betul: pengkelasan atau pengelasan? Adakah wujud perkataan: pengkelasan? Jika Ada, apakah makna 'Pengkelasan'? | Perkataan yang betul ialah pengelasan yang bermaksud perbuatan atau hal mengelaskan. Perkataan pengkelasan tidak wujud dalam pangkalan data kami. | Makna | 20.09.2017 |
Assalamualaikum, Adakah pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan 'penganan' seperti kuih-muih lain? | Maksud penganan menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan. Maka pastri, kek dan roti termasuk dalam pengelasan penganan. | Makna | 17.01.2018 |
Apakah maksud frasa "Taksonomi Bloom" dalam aspek Mengingat dan Memahami ? | Dalam istilah bidang Pendidikan, taksonomi Bloom bermaksud pengelasan objektif pendidikan yang dihasilkan oleh Bloom yang menunjukkan aras kognitif di peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. | Istilah | 16.07.2013 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKATAAN FILUM? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kata Filum ialah ( bidang Biologi) kategori utama dlm pengelasan haiwan dan tumbuhan. | Istilah | 26.06.2009 |
1. Adakah selepas penggunaan tanda garis miring (/), perlu diselang atau disambung dengan ayat. Cth: a. buku/baju -sambung terus b. buku/ baju-ada jarak selepas tanda Mohon pengesahan penggunaan a atau b yang betul. 2. Bagaimanakah penggunaan perkataan pengelasan atau pengkelasan yang betul. | 1. Tanda garis miring (/) dibubuh di antara dua kata atau frasa tanpa jarak di kiri dan kanannya, sama dengan kedudukan tanda baca sisipan lain, iaitu tanda sempang dan tandang pisah. Cara penulisan garis miring yang betul pada contoh a. buku/baju. 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain). Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe-...-an menjadi pengelasan. | | Tatabahasa | 17.04.2017 |
Selamat sejahtera tuan, saya dah cuba rujuk pangkalan data tuan, namun tidak saya temukan. Jadi, saya ingin bertanya apakah terjemahan yang tepat bagi 'free-standing'. Contohnya dalam pengelasan khemah. Khemah 'free-standing' perlukan tiang. Namun, ada pula tak memerlukan tiang sebaliknya perlukan struktur lain sebagai sokongan. Terima kasih, tuan. | Dalam data rujukan kami, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu bagi free standing, iaitu bebas dan sendiri. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=free+standing&d=69812&#LIHATSINI . | Penyemakan dan penterjemahan | 31.01.2018 |
Jabatan Kastam Di raja Malaysia mempunyai salah satu cawangan yang dinamakan Cawangan Penjenisan. Cawangan Penjenisan berperanan dalam menentukan kod tarif yang tertentu bagi sesuatu barangan. Kod tarif adalah “harmonized Commodity Description & Coding System, commonly known as HS Codes and ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature (AHTN) were created for international use by the Custom Department to classify commodities when they are being declared at the custom frontiers by exporters and importers”. Untuk makluman, cawangan penjenisan lebih dikenali sebagai “classification unit/department” di negara-negara luar. Oleh yang demikian, JKDM berhasrat untuk menukar nama Cawangan Penjenisan kepada Cawangan Klasifikasi. Mohon khidmat nasihat pihak tuan tentang makna perbezaan “penjenisan” dan “klasifikasi” serta perkataan mana yang lebih tepat untuk menggambarkan bidang tugas cawangan tersebut. | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penjenisan bermaksud perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis. Klasifikasi pula bermaksud hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kepada beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. Istilah bahasa Melayu untuk "classification" ialah pengelasan atau klasifikasi. Berdasarkan penerangan di atas, "classification unit/department" boleh diterjemahkan kepada Unit Klasifikasi, Bahagian Klasifikasi. Unit Pengelasan atau Bahagian Pengelasan. | Istilah | 16.02.2017 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Attritor 2. Bead Mill 3. Classifying Impact Mill 4. Thixomolding Machine 5. Bin Blender 6. Bundle Loader Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Attritor - Pengisar 2. Bead Mill – Pengisar Halus 3. Classifying Impact Mill – Mesin Kisar Tukul Pengelasan 4. Thixomolding Machine – Mesin Pengacuan Suntikan Magnesium 5. Bin Blender – Pengisar Tong 6. Bundle Loader – Pembeban Berkas | Istilah | 23.03.2016 |