Adakah "issuer's credit" boleh diterjemah kepada "kredit pengeluar"? Konteks ayat berkaitan pengeluar bon. "Subject to Issuer’s Credit / Default Risk." | Mohon kemukakan takfiran perkataan issuer's credit bagi membantu kami mendapatkan padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.01.2020 |
Yang mana satu tajuk yang betul, tentang penggunaan antara, di antara dan terhadap. analisis kebersebaban granger antara pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar Malaysia. @ analisis kebersebaban granger di antara pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar Malaysia @ analisis kebersebaban granger terhadap pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar Malaysia | Cadangan kami: Analisis kebersebaban granger terhadap pemboleh ubah indeks harga pengeluar Malaysia. | Tatabahasa | 04.01.2024 |
Dalam konteks industri automotif, apakah istilah yang sesuai diguna pakai untuk aftermarket parts iaitu merujuk kepada alat ganti atau aksesori kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar yang bukan pengeluar asal kenderaan? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah aftermarket secara umumnya ialah pascapasaran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 19.01.2024 |
Saya ingin bertanya mana satukah ayat yang betul semasa membuat kenyataan tawaran iklan. a) Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal/pengeluar utama. Atau b) Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal/pengeluar utama. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Tawaran dipelawa/dibuka kepada pembekal/pengeluar utama. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut. Adakah "berikutan" perlu tambah "dengan"?"Ke atas" atau "atas"?Mana satu yg gramatis? | 1. "berikutan" tidak perlu tambah "dengan" 2. Ayat yang betul ialah "Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali terhadap komoditi tersebut." | Lain-lain | 21.08.2021 |
Apakah terjemahan bagi 'independent power producer'. Lazimnya dalam sektor tenaga, istilah 'pengeluar tenaga bebas' digunakan, namun tidak tepat kerana energy/tenaga tidak dapat dijana/dimusnahkan (First Law of Thermodynamics). Istilah Bahasa Inggeris adalah 'power' iaitu kuasa, yang boleh dijana dan dimusnahkan. | Pihak kami mencadangkan "independent power producer" diterjemahkan sebagai "penjana kuasa bebas" atau "pengeluar tenaga bebas", bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.08.2020 |
Pada zaman ini, banyak pengeluar telefon pintar menghasilkan telefon pintar boleh lipat (fold). Boleh saya dapatkan padanan sesuai untuk "hinge" dan "crease". Boleh rujuk beberapa penulisan luar untuk memahami lebih terperinci maksud hinge dan crease yang saya maksudkan. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah hinge ialah cemat, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah crease ialah garis. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.03.2023 |
Salam sejahtera, Adakah "Insite Support" sesuai diterjemahkan kepada "Sokongan Dalam tapak"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan dan membawa maksud bantuan yang sediakan oleh pengeluar. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, hasil carian kami hanya menjumpai perkataan On-site. Cadangan kami bagi perkataan On-site Support ialah Sokongan Dalaman jika bersesuaian dengan konteks. | Istilah | 20.11.2018 |
Adakah betul penggunaan perkataan 'polemik' di dalam ayat di bawah? Kemasukan produk kraf dari negara luar seperti produk songket dan sebagainya sehingga mencetuskan polemik semasa, yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama di kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan. | Mengikut Kamus Dewan, polemik ialah perbahasan (perdebatan, perbantahan), maka penggunaan kata polemik dalam ayat yang puan kemukakan betul. Namun ayat puan boleh dibetulkan seperti berikut: Kemasukan produk kraf seperti produk songket dan sebagainya dari negara luar mencetuskan polemik semasa yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama dalam kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan. | Tatabahasa | 26.11.2014 |
Salam sejahtera, tuan/puan. Saya bekerja dalam industri kopi/kafe. Kami sentiasa menggunakan terma 'specialty/speciality coffee'; ia merujuk kepada jenis kopi arabika yang berkualiti tinggi, ditanam dan diproses secara khas dan datang daripada sesebuah negara pengeluar kopi secara khusus. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'specialty/speciality coffee'? Untuk definisi lengkap 'specialty/speciality coffee', tuan/puan boleh rujuk laman web Specialty Coffee Association of America: http://scaa.org/?page=RicArtp1 Kami berharap pihak DBP dapat membantu kami. Terima kasih. AFIQ AMMAR KHAN Barista Guild Asia afiq@bga.com.my | Salam sejahtera, Untuk frasa 'specialty/speciality coffee', kami mencadangkan supaya diterjemahkan kepada kopi istimewa kerana merujuk kepada jenis kopi, cara penanaman dan pemprosesannya yang dibuat secara khas, di samping didatangkan daripada pengeluar kopi yang khusus. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2017 |