AsSalam, saya ingin bertanya tentang contoh penggunaan perkataan Pengemaskinian vs Kemas kini. Terima kasih. | Penggunaan perkataan pengemaskinian contohnya seperti Buku-buku tatabahasa yang ada itu berdasarkan bahasa Melayu dahulu, jadi suatu usaha pengemaskinian perlu dilakukan. Penggunaan perkataan kemas kini contohnya seperti Sila kemas kini maklumat peribadi anda dalam borang yang disediakan di kaunter pendaftaran.
| Tatabahasa | 29.05.2019 |
Salam... saya dah cuba buat carian di laman web pihak tuan tapi tak jumpa cara ejaan yg tepat... utk perkataan berikut sama ada dieja rapat atau jarak: 1.dikemas kini /dikemaskini? 2.mengemas kini / mengemaskini? 3.pengemaskinian? ( wujud ke ayat tu). Terima kasih | Ejaan yang betul ialah dikemas kini, mengemas kini dan pengemaskinian. Perkataan kemas kini apabila menerima imbuhan pada awal atau akhir perkataan sahaja, ejaannya dua perkataan dan apabila menerima imbuhan pada awal dan akhirnya seperti pe-...-an dalam pengemaskinian baharulah dieja satu perkataan. | Ejaan | 22.11.2012 |
TERJEMAHAN Bidang: Teknologi Maklumat Perkataan Inggeris: Update Terjemahan asas: kemas kini S1: Jika padanan kata kerja untuk "to update" ialah "mengemaskinikan", "dikemaskinikan", atau "dikemas kini", apakah padanan kata nama dalam B Melayu? S2: Saya pernah terjumpa kata "pengemaskinian". Harap jelaskan adakah ia KK atau KN? TK | Pengemaskinian ialah Kata Nama kerana perkataan tersebut menerangkan perihal atau proses mengemas kini sesuatu. | Tatabahasa | 02.02.2012 |
Tambi dikatakan diguanakan oleh ORANG KELING....??? KELING wujud dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA kah....????? | Kami ambil maklum. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini: https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n | Istilah | 21.03.2021 |
PErkataan Tambi.. adalah satu perkataan "DEROGATORY"..Di manakah dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA perkataan ini digunakan.... | Kami ambil maklum. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini: https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n | Istilah | 21.03.2021 |
Ralat dalam definisi bagi perkataan Inggeris "invalidity". Definisinya dalam BM adalah bagi perkataan "invaluable". Tiada entri bagi perkataan "invalidity" dalam pengkalan data PRPM. Harap dapat diperbetulkan. | Kami ambil maklum teguran tuan. Penambahbaikan dan pengemaskinian takrif dan padanan entri dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan tersebut akan diberikan perhatian. | Makna | 19.05.2021 |
Jika berkesempatan dan berkemampuan, buat semakan secara berkala agar entri sentiasa yang terkini - termasuk ruang Khidmat nasihat. Jika ada yang silap, mohon padamkan segera untuk elakkan kekeliruan pengguna. Jangan sekadar mohon maaf, tapi tiada pengemaskinian. Jika boleh, percepatkan kemasukan istilah baru dan masukkan juga bahasa percakapan yang lazim dan tak dapat "dibendung" lagi, seperti awek, kantoi, dll. Namun, tandakan dengan "bp" seperti biasa yg DBP buat. Ia tetap bahasa orang kita - jika pihak DBP tak dapat terima hakikat bahawa sesuatu bahasa itu datang daripada orangnya, habislah. Terlalu banyak perkataan yang "tidak diterima" sampaikan agak lambat berkembang. | Terima kasih dan kami akan menggambil maklum atas teguran yang dinyatakan. Kami akan berusia membaiki maklumat dalam khidmat nasihat DBP dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 02.10.2020 |
Selamat malam, saya ingin membaca penerangan yang tuan beri kepada individu lain.Bagaimanakah caranya saya boleh membaca soalan individu dan jawapan tuan? terima kasih. | Untuk sementara waktu medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam bagi tujuan pengemaskinian. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada pengguna. | Lain-lain | 03.08.2011 |
Cikgu, maksudnya segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan termasuk semua awalan meN-, ber- dan di- perlulah dijarakkan perkataan atau dipisahkan perkataannya. Seperti: mengulang kaji dan bersatu padu? Dan segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan termasuk semua apitan seperti ke-...-an, peN-...-an, pe-...-an, meN-...kan, meN-...-i, TIDAK PERLU dijarakkan atau dipisahkan perkataannya seperti pengemaskinian (peN-...-an), pengulangkajian (peN...an), menguatkuasakan (meN-...-an), dikuatkuasakan (di-...-kan), mengurusniagakan (meN-...-kan) dan menyatupadukan (meN-...-kan)? Ada contoh kata kerja majmuk yang diimbuhkan "ke-...-an" yang tidak perlu dijarakkan atau dipisahkan perkataannya tak? Natijahnya, kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan perlu dieja terpisah, manakala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan perlu dieja bercantum? | Kata majmuk yang menerima awalan (seperti di-, ber-) atau akhiran (seperti -nya, -kan) dieja sebagai dua perkataan, seperti berterima kasih dan urus setianya. Walau bagaimanapun kata majmuk yang menerima apitan (seperti peN-...an, ke-...-an, meN-...-kan) dieja sebagai satu perkataan, seperti pengemaskinian, keluarbiasaan dan mengurussetiakan. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Salam sejahtera. Saya ingin menunjukkan jawapan yang tidak konsisten dalam bahagian Khidmat Nasihat. Sebenarnya masalah ini telah lama timbul namun nampak masih wujud. Misalnya penggunaan perkataan "dari" dan "daripada". Harap2 masalah ini dpt diperbaiki secepat mungkin. Terima kasih. | Terima kasih atas makluman tuan. Pihak kami ambil maklum dan akan membuat pengemaskinian data dalam Khidmat Nasihat dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 05.03.2022 |