Saya hendak bertanya penggunaan istilah 'pengembangan ekonomi' adakah boleh digunakan? Jika istilah 'pengembangan dana' adakah ia sesuai? Ayat contoh 'Pengembangan ekonomi dari dana masjid di Negeri Pahang'. | Perkataan "pengembangan ekonomi" boleh digunakan. Ayat contoh yang diberikan perlu dibetulkan, iaitu "Pengembangan ekonomi daripada dana masjid di negeri Pahang". | Tatabahasa | 25.08.2014 |
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Berdasarkan takrifan yang diberikan pihak DBP, Diffusion diterjemahkan kepada pembauran, peresapan dan penyebaran pada 25/5/2019. Penyebaran bermaksud-perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat Kekeliruan saya berkaitan dengan perkataan diffusion. Perkataan penyebaran adakah sama maksud dengan pengembangan? Saya menukar perkataan penyebaran kepada pengembangan bagi menerangkan proses inovasi dalam sektor awam. Penerangan saya juga merujuk kepada Diffusion of Innovation Theory bagi menerangkan pengembangan idea dalam sektor awam. Mana yang lebih sesuai penggunaan? Pengembangan idea atau penyebaran idea? Terima kasih banyak atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Pohon maaf jua atas segala kesulitan. Salam hormat. | Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) | Makna | 10.06.2020 |
Salam sejahtera, Saya ingin menanyakan mengenai perihal dua istilah yang agak sama (kata akar yang sama) iaitu: perkembangan dan pengembangan. Kadang-kadang kita akan musykil yang manakah harus dipakai (kalau ada 'case study' atau rujukan, ianya senang) dan apakah beza kedua-dua perkataan tersebut jika digunakan dalam konteks? Dalam sudut lain, apakah beza berkembang dan mengembang? Adakah ia berkaitan dengan subjek tersebut adalah maya ataupun fizikal? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengembangan bermaksud perihal (perbuatan) mengembang atau mengembangkan. Mengembang bermaksud menjadikan kembang. Contoh: pengembangan ajaran agama Islam Bagi perkataan perkembangan pula bermaksud keadaan atau hal berkembang. Berkembang bermaksud 1. kembang (terbuka atau terbentang) 2. menjadi makin sempurna. Contoh : perkembangan agama Islam Penggunaan perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 10.05.2019 |
Assalammualaikum, saya ingin mengutarakan soalan mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, seperti yang saya maklum dibawah jabatan ini terbahagai kepada lima bahagian dan masing-masing mempunyai cara dan fungsi yang tersendiri. Soalan saya ialah seperti berikut: 1. Apakah peranan bagi setiap bahagian? 2. Pada tahun 2013 berapa program dan aktiviti yang telah diusahakan dan dijalankan oleh jabatan ini? | Jawapan soalan pertama iaitu, peranan setiap bahgian dalam Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP Kuala Lumpur termasuklah seperti yang berikut: · Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar Negara. · Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan. · Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu. · Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan. · Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera). · Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera. · Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri). Untuk jawapan soalan kedua, DBP Kuala Lumpur tidak memberikan data jumlah keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera kepada pihak yang tidak berkepentingan. Sekiranya puan mempunyai keperluan untuk mendapatkan data tersebut, mohon puan menghantar permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah DBP dengan menyatakan justifikasi maklumat tersebut diperlukan. Surat permohonan rasmi boleh terus dihantar kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP Kuala Lumpur, Aras 30, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 24.03.2014 |
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Maklumbalas pihak tuan/puan pada 11/6/2020 adalah berkaitan. Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Pertanyaan saya, adakah bersesuaian saya menggunakan perkataan pengembangan yang meliputi idea, proses, produk serta amalan yang terdiri daripada perkara yang dapat dilihat (produk), abstrak dan kabur(idea)? Pohon pandangan tuan/puan jua. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan tuan/puan. Salam hormat. | Perkataan "pengembangan' sesuai digunakan bagi menggambarkan proses perkembangan idea. | Makna | 12.06.2020 |
Unit Perkembangan Akademik | Perkembangan - hasil berkembang Pengembangan - proses mengembang | Tatabahasa | 03.01.2008 |
apakan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa melayu? | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 06.01.2009 |
apakah peranan BDP dalam memartabatkan bahasa melayu | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 06.01.2009 |
Apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Malaysia? | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 11.01.2008 |
1) Istilah 'merbahaya' diterima ? Kamus Dewan edisi 4 memasukkan entri perkataan ini sedangkan yang tepat bukankah 'berbahaya'. Perkataan ini juga terdapat dalam Lembar bahasa Bil 3/2000 keluaran Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam. 2) Adakah Pusat ini mengedarkan Lembar Bahasa secara terus ke sekolah-sekolah dari semasa ke semasa ? Ini adalah penting kerana sebarang perubahan dan kemusykilan dapat dijawaboleh guru-guru bahasa. | 1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda anak panah (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya. Untuk maklumat lanjut, rujuk Panduan Penggunaan Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman xlix. 2. Untuk mendapatkan Lembar Bahasa, saudara boleh datang sendiri ke Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP. | Istilah | 08.02.2010 |