Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngem.ba.ra] | ڤڠمبارا

Definisi : orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngem.ba.ra] | ڤڠمبارا

Definisi : orang yg mengembara; penjelajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan istilah manakah yang betul -- pasukan kembara atau pasukan pengembara?

Encik Ong,

Kalau dalam bentuk istilah yang betul ialah pasukan kembara.

Tatabahasa12.08.2010
apakah perbezaan penggunaan 'di dalam' dan 'dalam'?

Kata sendi nama "di dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan".  Kata sendi nama "dalam" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak, contohnya  "Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya".

Tatabahasa16.12.2009
Jika kerajaan srivijaya menobatkan bahasa melayu, saya ingin tahu dalam dielek apakah lingua fraca pada abad itu? Kerana kita tahun semua bangsa dan etnik kelompo melayu juga menganggap dielek merekalah yang benar2 linguaa franca pada zaman srivijayaBahasa Melayu menjadi lingua franca  (bahasa perantaraan) daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang, seperti pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara dari India dan China. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penelitian dan penyelidikan kerana pertanyaan saudara memerlukan kajian mendalam. Saudara juga boleh mengunjungi mana-mana Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut.  Lain-lain17.06.2009
Salam, saya ingin tahu tahun berapakah mulanya ejaan rumi diperkenalkan di Tanah melayu, adakah sejak Munshi Abdullah lagi? Setahu saya zaman Abdullah munsyi menggunakan ejaan jawi dalam semua aspek penulisan baik penterjemahan dari B.Inggeris dan persuratan. Siapakah yang menerajui atau memperkenalkan ejaan rumi di tanah melayu?

    Merujuk Ensiklopedia Bahasa Melayu, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf  Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17. 
    Untuk makluman tuan dalam perancangan bahasa Melayu tumpuan diberikan kepada aspek pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972.

 

    Sistem ejaan rumi yang pernah wujud:

  

    a.      Sistem Ejaan Wilkinson (1904) – ejaan sekolah Melayu di Malaya.

    b.      Ejaan Za’ba (1949) – ejaan sekolah hingga 1972;

    c.      Sistem Ejaan Fajar Asia – ejaan majalah Fajar Asia (1945-1954);

    d.      Ejaan Rumi Kongres 1956 – ejaan Asas  ‘50’ (Angkatan Sasterawan ’50)

    e.      Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) – ejaan majalah Bahasa

    
    Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu di  Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959.  Walau bagaimanapun, ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dilaksanakan.  Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972.  Di Malaysia sistem ini dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.
 

        

Tatabahasa19.03.2013
saya ingin bertanya, adakah penggunaan kata sendi naam, di d, dalam dan di dalam dalam ayat yang berikut betu penggunaanya? 9. Dia menunggu kami dalam perhentian bas. 10. Beliau memuliki ijazah sarjana di bidang pengurusan perniagaan.

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya Saya tinggal di Kuala Lumpur. Kata sendi nama "dalam" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jaraak, contohnya  Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya. Kata sendi nama "di dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang mempunyai ruang dan jarak, contohnya Pengembara itu sesat di dalam hutan

Tatabahasa23.03.2012

Kembali ke atas