Mana satukah ayat yang lebih tepat? 1) Pengecualian penuh ke atas pengenaan penalti. 2) Pengecualian penuh terhadap pengenaan penalti. | Ayat yang betul ialah "Pengecualian penuh terhadap pengenaan penalti." | Tatabahasa | 22.05.2023 |
Manakah istilah yang sesuai bagi merujuk proses mengenakan penalti kepada pihak-pihak tertentu disebabkan lewat membuat pembayaran? Sebagai contoh, lewat membuat pembayaran cukai. 1. Pengenaan penalti 2. Kenaan penalti | Perkataan yang sesuai ialah: 1. Pengenaan penalti | Makna | 10.08.2022 |
Manakah istilah yang sesuai? 1. Pengenaan penalti 2. Kenaan penalti | Sila nyatakan konsep atau konteks sesuatu istilah agar pihak kami dapat mencadangkan padanan yang sesuai dan tepat. | Istilah | 08.08.2022 |
apakah maksud diskriminasi? | Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang berbeza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskriminasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari segi layanan): golongan ini telah didiskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bapa saya seorang peniaga yang berjaya, beliau memulakan (jalan) perniagaannya sejak beberapa tahun yang lalu. (b) Guru Besar berbincang dengan guru-gur untuk mencari penyelesaian (pengenaan) murid-murid yang malas. (c) Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah saya (mengenakan) derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir. (d) Pisau itu mempunyai (kaki) yang panjang. (e) Ali mencabut rumput dengan (baik). | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |