Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.na.lan] | ڤڠنلن

Definisi : 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2. perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.na.lan] | ڤڠنلن

Definisi : perihal (perbuatan) kenal atau mengenali: Pd masa dahulu, ~ sesuatu kaum adalah mengikut kegiatan ekonomi mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan di antara pengenalan, latar belakang dan profil?Pengenalan ialah perihal mengenalkan, contoh kad pengenalan; perihal (perbuatan) mengenalkan atau mengenali. Latar belakang ialah pemandangan dll yang menjadi hiasan bagi sesuatu yang utama (gambar); dasar atau asas kepada sesuatu perkara; pengalaman seseorang (pendidikan dll). Profil ialah bentuk atau gambaran sesuatu yang dilihat dari sisinya; gambaran yang menunjukkan kedudukan dalam sesuatu masa; biografi ringkas atau deskripsi.Makna10.07.2008
perbezaan di antara karangan dan penulisan1. "Karangan" mempunyai struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup.Pengenalan perlu ringkas, dan mengandungi ayat tesis utama. Satu isi dalam satu perenggan. Penutup pula menggulung isi-isi yang telah dibincangkan.
2. "Penulisan" ialah perihal atau kegiatan berkaitan menulis, mengarang dan sebagainya.
Istilah18.10.2014
Assalmualaikum saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan bentuk karangan yang baikKarangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan.Makna11.05.2007
definisi & pengenalan rompakanRompakan didefinisikan sebagai mencuri dengan cara memecah rumah orang, mengambil barang orang secara paksa atau perampasan barang dan harta secara paksa.Makna12.01.2007
maksud fonologi,pengenalan pada lingustik,morfologi,sintaksis,semantik.Fonologi - kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Linguistik - kajian saintifik tentang bahasa. Morfologi - kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Sintaksis - pengetahuan tentang susunan kata dalam ayat (cabang ilmu linguistik, peraturan). Semantik - kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.Istilah30.10.2006
permohonan hendaklah disertakan dengan kad pengenalan

Ayat ini kurang tepat, perlu dinyatakan jenis permohonan dan lazimnya hanya nombor atau salinan kad pengenalan yang diperlukan.

Tatabahasa31.03.2011
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "primer" dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada sebuah buku pengenalan kecil yang mengandungi fakta asas mengenai sesuatu subjek, yang digunakan terutamanya apabila seseorang mula belajar tentang subjek itu. Bolehkah "buku pengenalan" atau "buku teks" diterima sebagai terjemahan untuk "primer", memandangkan penggunaan buku tersebut tidak terhad kepada murid sekolah?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat padanan maksud bagi perkataan primer yang merujuk kepada buku pengenalan atau buku teks. Walau bagaimanapun, Kamus Dewan merakamkan maksud primer sebagai yang pertama, yang terpenting atau yang utama. Manakala, introductory school textbook menjurus maksud yang khusus, iaitu buku teks peringkat permulaan (khusus untuk buku teks sahaja).Penyemakan dan penterjemahan26.08.2019
DEFINISI DAN PENGENALAN SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DAN POLA KESELARASAN VOKAL

Saudara boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Tatabahasa01.03.2009
Apakah maksud sebenar kepada singkatan No. KPPN? Ia sering digunakan dalam borang untuk mengisi nombor kad pengenalan.Maksud singkatan no. KPPN ialah Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (No. KPPN)Lain-lain28.11.2017
Bagaimana menulis karangan yang baik yang menggunakan bahasa bakuKarangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur, iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan.Lain-lain27.02.2009
12345678

Kembali ke atas