Kepada Pihak Berkenaan, Saya ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan pengesah dari DBP untuk visual Paparan Iklan projek. Adakah saya boleh mendapat pengesahan melalui online? | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 27.04.2017 |
Fail bagi permohonon lesen syarikat saya ke MBSA telah ditolak kerana pada SIJIL PENGESAHAN BAHASA dibahagian ilustrasi/gambar tidak terdapat gambar yang telah saya upload ketika membuat permohonan pada DBP. Diharap pihak DBP dapat membantu saya dalam mencetak gambar pada SIJIL PENGESAH BAHASA ini. terima kasih. | Sila hantar semula permohonan dan lampirkan visual selepas "Teks dalam permohonan". Dalam Butiran Permohonan, terdapat "Teks dalam permohonan" kemudian terdapat perkataan "Lampiran" (Lampirkan visual di sini ) | Lain-lain | 05.10.2015 |
Encik/Cik, Kami ingin membuat permohonan lesen untuk Iklan paparan di depan Hotel. Sebelum kami menghantar pemohonan lesen untuk iklan paparan. Kami ingin mendapat pengesahan tentang kebetulan bahasa and perkataan. 1.Iklan Pertama Bilik Dari RM45+ sehari Sewaan Bulanan dari RM680+ sebulan Sila hubungi 6012 658 0204 2.Iklan Kedua BILIK HARIAN DARI RM45.00* SEWA BULANAN DARI RM680.00* *Pembersihan Mingguan *Internet Wi Fi *Electrik & Air *Dispenser Air *Pemantau CCTV & Perkhidmatan 24 jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat Hadapan Hubungi 6012 658 0204 untuk maklumat lanjut | Berikut merupakan cadangan pembetulan untuk ayat yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kesalahan lain yang dinyatakan pada maklum balas iklan, tuan perlulah membuat pembetulan sebagaimana yang dicadangkan oleh pegawai penyemak dan pengesah iklan. 1. Sewa Bilik Harian daripada RM45+ , Bulanan daripada RM680+, Sila Hubungi 60126580204 2. Sewa Bilik Harian daripada RM45.00*, Bulanan daripada RM680.00*, *Pembersihan Mingguan, Internet Wi-Fi, *Elektrik dan Air, Penapis Air, Pemantauan CCTV dan Perkhidmatan 24 Jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat, Hubungi 60126580204 untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 10.03.2022 |
Assalamualaikum tuan/puan, mohon pemcerahan berhubung penggunaan simbol dalam fail yang telah saya sertakan. Sekian, terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah: - “Maklumat anda telah didaftarkan.”
- “Maaf, maklumat tidak lengkap.”
- “Sila isi semula maklumat anda. ”
- Kata Ali, “Saya akan turut serta.”
- pengesah/peraku1 (tiada ruang sebelum dan selepas tanda garis miring (/).
| Tatabahasa | 05.01.2017 |