Salam, Terma "Face ID" sebaiknya di terjemahkan Bahasa ialah "Pengesan Wajah" ? Atau ada terma yang lebih elok. Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan Face ID. Perkataan Pengesan Wajah boleh digunakan sebagai cadangan awal. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.12.2017 |
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "impact sensor" yang sesuai adalah "sensor impak" atau "sensor kesan" atau "sensor pengesan"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih. | Tuan, Untuk makluman, terjemahan bagi perkataan impact sensor tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "sensor hentaman". | Penyemakan dan penterjemahan | 05.06.2019 |
IMPLANTED DEFIBRILLATOR TESTING involving electrocardiography, assessment of pacing and sensing thresholds for pacing and defibrillation electrodes, download and interpretation of stored events and electrograms, including programming when required Adakah betul penterjemahan berikut: UJIAN DEFIBRILATOR DITANAM yang melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk perentak dan elektrod defibrilator, muatturun dan interpretasi bagi peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk membuat program bila perlu | Terjemahan yang sesuai ialah Ujian defibrilator implan melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk elektrod perentak dan elektrod defibrilasi, memuat turun dan mentafsir peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk pengaturcaraan apabila diperlukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2017 |