Adakah perkataan pencapjarian? Contoh ayat seperti berikut: "Yang pertama menggunakan pencapjarian DNA untuk pengesanan balak pada tahun 2009" | Boleh dibentuk perkataan tersebut daripada kata dasar cap jari menerima apitan peN-...-an menjadi pengecapjarian (bukan pencapjarian), iaitu perihal /proses mengecap jari. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
Apa terjemahan yang sesuai untuk progress tracking? | Cadangan kami bagi terjemahan progress tracking ialah pengesanan kemajuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.04.2020 |
Saya ingin membuat pengesahan terjemahan saya. "A Business Development Center is an operational establishment set up within Market Malaysia’s computerized organization tracking system" Terjemahan saya "Pusat Pembangunan Perniagaan adalah penubuhan operasi yang disediakan dalam sistem pengesanan organisasi berkomputer Market Malaysia". Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai ialah "Pusat Pembangunan Perniagaan ialah penubuhan operasi yang disediakan dalam sistem pengesanan organisasi berkomputer Market Malaysia". | Penyemakan dan penterjemahan | 16.12.2016 |
Mohon semak bahasa untuk iklan kain rentang Jabatan untuk dipasang dan kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam : Jom Daftar sekarang ..! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama ! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO ? OPERASI PENGESANAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2013. HOTLINE PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my | Untuk pengesahan iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visual iklan kain rentang tersebut. Jom Daftar sekarang! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama-sama! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO? OPERASI PENGESANAN BERMULA PADA 1 SEPTEMBER 2013. Talian Utama PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Mohon bantuan. Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan; 1. Kata pemeri "adalah". Ayat : Purata kuasa setara yang diperlukan adalah 4.519 W. 2. peggunaan perkataan "untuk". PENGESANAN DAN PENILAIAN KEROSAKAN IMPAK TENAGA RENDAH UNTUK KOMPOSIT KARBON-KARBON MENGGUNAKAN TEKNIK VIBROTERMOGRAFI Adakah penggunaan perkataan 'untuk' sesuai digunakan di ayat di atas? Atau lebih sesuai digantikan dengan perkataan 'dalam'? | Ayat dengan penggunaan kata pemeri yang betul ialah Purata kuasa setara yang diperlukan ialah 4.519 W. Penggunaan perkataan 'untuk' dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
| Tatabahasa | 05.03.2019 |
Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanol | Untuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri. 2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca 3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap 4. frosted slide - slaid kabut 5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan 6. pre-coated antibody specific - antibodi prasalut spesifik 7. unlabeled LH - LH tanpa label 8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase 9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin 10. assay diluents - pencair cerakin 11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan 12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik 13. total activity well - telaga aktiviti total 14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing 15. mouse IgG - IgG tikus 16. absolute etanol -etanol mutlak | Istilah | 13.08.2012 |