jauh pandangan, luas pengetahuan | pengetahuan | Tatabahasa | 12.03.2008 |
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN? | Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu | Makna | 11.08.2007 |
dalam pengetahuan saya... atau pada pengetahuan saya...? TQ tuan | Frasa yang betul ialah pada pengetahuan saya. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
Mohon jelaskan maksud 'pelajaran' dan 'pendidikan' | Pelajaran bermaksud: 1. segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh); 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan); 3. yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan. Manakala, pendidikan bermaksud: 1. perihal mendidik: 2. ilmu pendidikan, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik; 3. didikan, latihan, ajaran. | Lain-lain | 09.12.2016 |
Pengetahuan saya tentang penulisan adalah sangat lemah. Saya berhasrat untuk menghasilkan dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk - Teknik dan Panduan Jawab Sains UPSR. Buku ini diharap akan menjadi buku panduan seluruh pelajar sekolah rendah di Malaysia. Bolehkah pihak tuan membantu saya dalam 1. penyediaan manuskrip. 2. cipta 3. ilustrasi 4. penerbitan | Sdr. wangsapertiwi, salah satu matlamat DBP adalah menerbitkan buku yang dikendalikan oleh Jabatan Penerbitan. Terdapat beberapa bahagian dalam Jabatan Penerbitan yang menerbitkan buku bahasa, buku sastera, buku kanak-kanak dan remaja, buku teks sekolah, buku umum dan majalah. Semua penerbitan dalam bahasa Melayu merangkumi pelbagai bidang ilmu untuk memenuhi keperluan pembaca. Menjawab soalan sdr. setakat ini DBP tidak membuat perolehan judul yang berkaitan dengan teknik dan panduan menjawab soalan untuk sekolah rendah atau sekolah menengah. Bahagian Buku Sekolah hanya menerbitkan buku teks untuk sekolah rendah dan menengah yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja pula menerbitkan buku sokongan pendidikan sebagai bacaan tambahan kepada buku teks. Jika sdr. berminat untuk menulis dengan DBP, bolehlah diajukan permohonan untuk mengikuti bengkel penulisan buku kanak-kanak dan remaja pada tahun 2014. Sila emelkan kepada: rosnah@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. Hajah Rosnah Awang Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.10.2013 |
pengetahuan ilmu sains dan teknologi ICT sangat-sangat dituntut dalam membina negara bangsa dewasa ini. oleh itu bidang ilmu kesusasteraan wajar dikesampingkan.Bahaskan | Pertanyaan saudara lebih berbentuk soalan esei. Saudara dinasihati membuat pembacaan,rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan di tempat saudara. | Lain-lain | 25.07.2008 |
Slm, Boleh check ayat di bawah? 1) Merangkumi pengetahuan Sains yang perlu difahami oleh murid. 2)Membolehkan murid menyerap pengetahuan saintifik secara sistematik 3) Hakcipta Rasmi Terjemahan dalam BM diberi oleh Syarikat X. tq | 1) Merangkumi pengetahuan Sains yang perlu difahami oleh murid. 2) Membolehkan murid menyerap pengetahuan saintifik secara sistematik 3) Hak cipta terjemahan dalam bahasa Melayu diberikan oleh Syarikat X. Ayat 1 dan 2 tidak lengkap, tidak ada subjek dalam ayat tersebut. Ayat 3 telah dibuat pembetulan. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
perkatan berlwanan bagi belajar | Belajar bermakna berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan dan lain-lain, menjalani latihan. Perkataan berlawan bagi belajar, adalah berkaitan dengan sikap seseorang yang berada dalam situasi berkenaan. | Lain-lain | 06.02.2008 |
Bagaimanakah untuk menentukan penggunaan partikel -kah di belakang kata kerja? Contoh : menambah pengetahuan atau menambahkan pengetahuan | Berkenaan dengan soalan anda, adakah soalan tersebut merujuk penggunaan partikel -kah atau -kan? Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, berkemungkinan soalan tuan merujuk kepada penggunaan -kan iaitu menambah dan menambahkan. Untuk kata kerja lazimnya yang ada -kan diikuti sesuatu (tidak bernyawa), manakala kata kerja yang tiada -kan diikuti objek hidup atau bernyawa seperti manusia atau haiwan. Terima kasih. | Tatabahasa | 06.06.2020 |
Minta maaf kerana pertanyaan saya kurang jelas. Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan Kegiatan kokurikulum dapat menambahkan ilmu pengetahuan memang tidak salah dari segi tatabahasa iaitu bersesuaian dengan pola ayat FN+FK. Adakah ayat pertama lebih pelik dari segi konteks kerana orang tidak dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kalau ayat ini dinyatakan dengan frasa keterangan iaitu Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyertai kegiatan kokurikulum adakah ayat ini lebih betul. Terima kasih. | Ayat "Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menyertai kegiatan kokurikulum" adalah betul. | Tatabahasa | 20.03.2016 |